Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bila Ashman Najib Berdiri Bersama Perjuangan Rakyat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bila Ashman Najib Berdiri Bersama Perjuangan Rakyat




BILA ASHMAN NAJIB BERDIRI BERSAMA PERJUANGAN RAKYAT

Saya sentiasa besar hati setiap kali berjumpa Gina, Daniar dan Ashman. Saya pernah memusuhi ayah mereka tetapi mereka sentiasa menghurmati saya dengan penuh sopan. Ianya membuatkan saya rasa luluh hati sebenarnya. Saya tidak ragu-ragu menulis tentang mereka kerana anda akan tahu saya tidak berbohong apabila anda temui mereka.

Riza juga begitu (dia tiada di sana semalam). Anda lihat di media, Riza digambarkan sebagai penerbit filem Hollywood yang hidup berfoya-foya dan bongkak dengan kemahsyuran serta kekayaan. Hakikatnya, jika anda temui Riza, anda akan fikir dia geng lepak kedai mamak atau anak cikgu sekolah. No joke.

Saya tidak pernah temui anak-anak DS Najib dari perkahwinan pertama. Saya tidak akan menulis tentang perkara yang tidak saya ketahui, jauh sekali menulis sesuatu yang tidak benar. Semoga satu hari nanti saya boleh menulis tentang mereka juga.

DS Rosmah Mansor (mak tiri saya 🤦🏻‍♀️ sebab dia bercakap takde nye nak sejuk hati) akan marah saya kalau saya tulis tentang anak-anaknya, “kau suka sangat tulis tentang anak-anak aku. Nanti orang fikir hand bag kau tu aku kasi. Kau lah ni dulu hari-hari kutuk aku” 🙅🏼‍♀️. Anda tengok! Sebab tu saya malas layan DS Rosmah. Tun Siti dulu panggil saya sayang. DS Rosmah ni “aku kau” je dengan saya🙇‍♀️. Lebih baik saya borak dengan anak-anak dia dari cair taik telinga cakap dengan dia tau tak? 😂

Ok. Now berbalik kepada anak-anaknya. Semalam saya minta Gina ambilkan gambar saya dengan Ashman sebab ada sesuatu yang ingin saya tulis tentang Ashman. Saya taknak simpan gambar dengan Gina sebab biasanya saya suka menulis dari gambar yang terkini. Nanti bila nak tulis tentang Gina, saya akan ambil gambar baru. Banyak nak di ceritakan tentang Gina.

Saya mahu menulis tentang mereka kerana ianya mungkin menjadi inspirasi untuk anak muda Malaysia. Ianya juga untuk anda lebih mengenali siapa anak-anak Negarawan ini. Selama ini mereka sentiasa jauh dari lensa kerana kehidupan peribadi adalah hak peribadi.

Namun, saya fikir ada baiknya saya bercerita tentang mereka kerana ianya akan lebih mendekatkan mereka kepada rakyat. Lagipun, saya teruja dengan kuasa kasih sayang terhadap perjuangan seorang Negarawan yang sedang bangkit melawan, DS Najib Razak.

No doubt, Ashman sangat handsome. Dia maskulin, manis dan punyai raut Melayu bangsawan. Itu muka, tapi budi bahasanya saya bagi 10 cap jari. Sesiapa yang ada anak dara yang dewasa, suruh lah depa follow Ashman di Instagram. Tapi jangan mimpi nak dating dengan Ashman kalau tak belanja “kak nina” teh tarik dulu k🙇‍♀️.

Ashman anak bongsu DS Najib. Ashman kawan baik DS Najib. Ashman buah hati DS Najib.

TETAPI, hari ini Ashman mengalami satu proses transformasi luar biasa. Kini Ashman pembela DS Najib. Kini Ashman kekuatan DS Najib. Kini Ashman berdiri untuk Negarawan demi perjuangan bersama rakyat Malaysia.

Semalam ahli UMNO dan rakyat bukan menderma kerana DS Najib miskin. Tetapi, kerana rakyat mahu DS Najib bangkit untuk membela rakyat. DS Najib perlu bangkit melawan kerana perjuangan di mahkamah ini bukan perjuangan DS Najib seorang, tetapi ini adalah perjuangan rakyat, khususnya orang Islam dan Melayu.

Di sini lah pentingnya peranan Ashman. Di mana DS Najib berada, di situ lah Ashman berdiri. Saya bangga melihat Ashman yang sentiasa berdiri kuat dengan wajah yang tidak pernah lekang dari senyuman kerana itulah lambang kekuatan seorang anak pejuang rakyat.

Pejuang rakyat yang sebenar adalah DS Najib. DS Najib lah Perdana Menteri yang bangunkan ekonomi dan infrastruktur negara untuk rakyat, bukan untuk keluarga, bukan untuk kroni.

Ashman bukan businesman yang kaya raya. Jauh sekali bergelar billionnaire! Ashman tidak minta direct award dari ayahnya. Ashman tidak minta “bail out” berbillion Ringgit dari ayahnya. Ashman tidak minta nak jadi Ketua Pemuda dari ayahnya. Ashman tidak miliki kuda, jet peribadi, kapal layar, malah kereta pun Ashman tak drive!

Walaupun DS Najib tidak berikan kekayaan dunia kepada anak bongsunya ini, tapi Ashman tidak pernah tidak ada di sisi ayahnya. Dialah yang menemani ayah nya bersama adik beradik nya yang lain. Dia lah yang berurusan di kaunter mahkamah untuk semua urusan dokumentasi mahkamah dan menjamin ayahnya bersama adik beradik nya yang lain. Dialah yang menunggu hingga ayahnya selesai segala urusan mahkamah sebelum meninggalkan mahkamah bersama adik beradiknya yang lain.

Dulu anda kutuk Ashman kononnya budak yang gila muzik dan hidup berfoya-foya. Hey, saya pun menyanyi dalam bilik air lah. Makcik bawang kat kampung pun menyanyi di dapur lah. Penuh orang menyanyi di karaoke. Konsert artis barat penuh penonton hingga ke bumbung stadium. Tengok cai PH lagi dahsyat. Depa nyanyi “hidup tun!” sebaik bangun tidur dan sebelum tidur malam🤦🏻‍♀️

Ashman tidak pernah menyusahkan rakyat. Ashman tidak pernah ambil hak rakyat. Ashman tidak pernah masuk ke kampung menipu rakyat . Ashman hanya berdiri untuk seorang Negarawan, dan dialah pejuang untuk rakyat Malaysia hari ini. Kuat Ashman, kuatlah DS Najib!

Kak Nina bangga dengan Ashman!

Anina Saadudin

#EmpiricalLife

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ukxBd1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.