Hi! Welcome Back and Stay Tune! Grab Super App Diperkenalkan – Merumahkan Semua Aplikasi Grab, Akan Tiba Di Malaysia Pada Suku Ketiga 2018 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Grab Super App Diperkenalkan – Merumahkan Semua Aplikasi Grab, Akan Tiba Di Malaysia Pada Suku Ketiga 2018

Dengan pengenalan perkhidmatan baru seperti GrabPay, GrabDaily, Grab Platform dan juga GrabFresh, Grab dilihat ingin melebarkan portfolio mereka sebagai sebuah syarikat yang bukan sahaja dikenali sebagai syarikat perkhidmatan yang menggunakan platform peranti pintar sebagai sebuah cara untuk pelbagai pengguna melakukan aktiviti-aktiviti seharian mereka.

Dan untuk tujuan tersebut, Grab memperkenalkan kemaskini terbaru kepada aplikasi Grab yang akan merumahkan kesemua aplikasi-aplikasi lain ini, dan dengan itu, mereka juga akan mengemaskini apikasi mereka sekarang, dan ia akan hadir dengan nama baru, Grab Super App.

Grab Super App ini akan merumahkan semua aplikasi yang dibina oleh Grab, dan juga aplikasi yang dibina menggunakan platform API Grab Platform untuk memudahkan para pengguna untuk mengakses aplikasi-aplikasi tersebut.

Apa yang menarik lagi ialah untuk beberapa aplikasi seperti Grab Daily, ia akan menunjukkan kandungan yang berkaitan dengan lokasi semasa anda menggunakan teknologi geolokasi yang terbina didalam aplikasi Grab tersebut.

Grab mengatakan bahawa aplikasi Grab Super App ini akan hadir di Singapura dan Indonesia bermula hari ini untuk peranti pintar iOS, manakala kemaskini untuk aplikasi Android di pasaran-pasaran tersebut akan tiba pada 18 Julai kelak. Pasaran-pasaran lain seperti Malaysia, Thailand, Vietnam dan Filipina akan menerima kemaskini ini pada suku ketiga 2018 kelak.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2u7KV5u

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.