Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kes HMFD Meningkat di Pulau Pinang. Premis Penjagaan Kanak-Kanak & Ibu Bapa Diminta Waspada - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kes HMFD Meningkat di Pulau Pinang. Premis Penjagaan Kanak-Kanak & Ibu Bapa Diminta Waspada

Kes HMFD meningkat di Pulau Pinang. Premis penjagaan kanak-kanak & ibu bapa diminta berwaspada untuk mengelakkan penularan penyakit berjangkit ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) memaklumkan Terdapat peningkatan ketara bilangan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HMFD) di negeri itu dengan pertambahan sebanyak 48% kes kes tersebut tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Exco Pertaniah & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, Dr Afif Bahardin berkata, sebanyak 1,555 kes dicatatkan JKNPP sepanjang tahun ini sehingga Khamis lalu berbanding 1, 050 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Katanya, penyalit itu mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tumpuan mereka seperti pusat asuhan kanak-kanak.

“Bagi tahun 2018, sehingga kini sebanyak 53 taska, tadika, tabika, prasekolah melaporkan kluster HMFD di premis mereka, peningkatan sebanyak 381% berbanding 11 kluster pada tempoh yang sama pada tahun 2018,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Penyakit tangan, kuku dan mulut adalah disebabkan oleh jangkitan virus khasnya dari jensi Coxsackie A16 dan Enterovirus (EV71) yang merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh dan najis pesakit.

Kebiasaan jangkitan adalah dengan ringan dengan gejala dema diikuti ruam melepuh pada tangan, kaki dan lidah.

Walau pun hampir keseluruhan pesakit yang menghidap HMFD pulih tanpa rawatan dalam masa 7 hari hingga 10 hari, namun jangkitan daripada EV71 berisiko menyebabkan komplikasi teruk seperti encephalitis, pulmonary edema dan myocarditis.

Sehubungan itu, Afif mengingatkan orang ramai terutamanya pengusaha premis penjagaan kanak-kanak dan ibu bapa memastikan kebersihan premis dan peralatan yang digunakan kanak-kanak.

“Saringan perlu dibuat di premis berkenaan bagi memastikan kanak-kanak yang hadir tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan HMFD.

“Mereka yang mempunyai tanda-tanda penyakit tersebut dinasihatkan tidak hadir ke sekolah bagi mengelakkan jangkitan kepada kawan-kawan,” katanya.

Selain itu, ibu bapa dan orang ramai digalakkan melaporkan kluster HMFD kepada pejabat kesihatan daerah berhampiran untuk tindakan kawalan dan pencegahan,” katanya.

Sumber: Astro Awani

[Artikel berkaitan: Anak Bawah 5 Tahun Paling Mudah Dijangkiti Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut. Bayi Pun Tidak Terkecuali!]

Tinggalkan Komen



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KXg3y8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.