Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Sumbangan RM500K Ini Menandakan Ahli UMNO Dan Rakyat Menunjukkan Kasih Sayang Kepada Pemimpin.” Najib Razak.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Sumbangan RM500K Ini Menandakan Ahli UMNO Dan Rakyat Menunjukkan Kasih Sayang Kepada Pemimpin.” Najib Razak..



Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menganggap sumbangan RM500,000 oleh ahli UMNO daripada semua peringkat dan rakyat adalah tanda kasih sayang mereka kepada pemimpin. 

Terdahulu Najib selesai membuat pembayaran sebahagian baki wang jaminan RM500,000 di Pejabat Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. 


Sebelum beredar, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau menerima bantuan daripada semua peringkat dari Ketua Bahagian sehingga ke ahli biasa. 

"Sebelum saya ke sini, ada UMNO Bahagian Tumpat datang untuk menyerahkan sumbangan. Ini menandakan bahawa ahli UMNO dan rakyat menunjukkan kasih sayang kepada pemimpin. 

"Mudah-mudahan dengan doa restu semua, saya dan keluarga dapat melalui ujian besar ini, insya-Allah dengan izin Allah. 


"Ini adalah sumbangan yang bermakna dan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kerana sumbangan ini terbit dari hati nurani yang ikhlas. 

"Terima kasih sekali lagi, mudah-mudahan Allah melindungi kita dan keluarga kita," katanya. 

Najib berdepan dengan dakwaan jenayah pecah amanah dan salahguna kuasa ketika menjadi perdana menteri, membabitkan skandal SRC International Sdn Bhd. 

Pada 4 Julai lalu, Najib mengaku tidak bersalah dan hakim membenarkan beliau diikat jamin RM1 juta. 


Namun, semua akan bekas Presiden UMNO itu dibekukan oleh pihak berkuasa menyebabkan beliau sukar membayar wang jaminan itu. Penyokong tegar Najib kemudian melancarkan tabung bantuan untuk Najib. 

Difahamkan, antara pihak yang memberi sumbangan kepada tabung itu adalah dari luar negara termasuk Singapura dan Indonesia. 




✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NB8sDQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.