“Setiap Kali Saya Mendengar Lagu-Lagu Dia, Mula Menangis.” Nora Ambil Masa Setahun Tunaikan Hasrat Suami..
PENYANYI Nora Ariffin akhirnya berjaya merealisasikan impian Allahyarham suaminya, Johan Nawawi untuk menerbitkan album Tribute 30 Tahun Johan Nawawi.
Nora atau Wan Norafizah Wan Ariffin, 44, berkata dia mengambil masa lebih setahun untuk menyiapkan album yang mengandungi 31 buah lagu itu.
"Idea untuk menghasilkan album tersebut datang daripada arwah sendiri pada tahun 2016 tapi impiannya tidak kesampaian.
"Saya boleh saja berdiam diri tanpa berbuat apa-apa tapi saya memilih untuk melunaskan hasrat arwah untuk menerbitkan album tersebut.
"Album ini mengambil masa lebih setahun sebab setiap kali saya mendengar lagu-lagu dia, mula menangis. Alhamdulillah, akhirnya terlaksana juga," katanya.
Nora tunaikan impian arwah suaminya yang tidak kesampaian.
Nora ditemui ketika majlis pelancaran Album Tribute 30 Tahun Johan Nawawi dan muzik video lagu Ada Dalam Tiada di Mega Glory Hall, Bandar Baru Bangi, pada Ahad.
Tambah Nora lagi, album tersebut juga mengandungi lagu hasil ciptaan dan nyanyian asal suaminya berjudul Bidadari.
"Album ini cukup istimewa sebab ada lagu yang dinyanyikan oleh arwah sendiri iaitu Bidadari.
"Lagu itu dicipta olehnya dan buat pertama kali saya dengar arwah menyanyikan lagu tersebut dengan bersungguh-sungguh.
"Sebab itu juga saya ambil keputusan untuk mengekalkan suara dia menyanyi dan tidak mengantikan dengan mana-mana penyanyi," ujarnya.
Lagu terbaharu Nora merupakan luahan hati selepas suaminya meninggal dunia.
Johan meninggal dunia selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya pada 24 Mac tahun lalu.
Allahyarham yang juga komposer tersohor pernah bekerjasama dengan penyanyi terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Sheila Majid, Kris Dayanti dan Dayang Nurfaizah.
Dalam pada itu, Nora juga tampil dengan lagu terbaharu berjudul Ada Dalam Tiada yang merupakan luahan hatinya.
"Ini adalah lagu yang paling peribadi saya pernah menyanyikan sepanjang karier saya. Saya curahkan sepenuh jiwa dan raga ketika merakamkan lagu itu.
"Lebih menyedihkan lagi, ini merupakan pertama kali juga saya masuk ke studio rakaman tanpa kehadiran arwah suami," katanya.
Lagu tersebut merupakan hasil ciptaan bersama komposer Sirkhan dan Ibnu Rinkarnaen manakala liriknya ditulis oleh Habsah Hassan.
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NFwZrl
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment