Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Mengesahkan Penggunaan Lapisan Membran Untuk Menutup Sistem Papan Kekunci MacBook Pro Baru - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Mengesahkan Penggunaan Lapisan Membran Untuk Menutup Sistem Papan Kekunci MacBook Pro Baru

Salah satu daripada masalah yang sering membelenggu para pengguna peranti Apple MacBook Pro tahun lepas ialah masalah papan kekunci Butterfly yang dikatakan mudah rosak apabila zarah debu masuk di ruang didalam sistem papan kekunci Butterfly.

Baru-baru ini, Apple dilihat telah mengemaskini siri MacBook Pro mereka, dan selain daripada penggunaan CPU Intel generasi kelapan Coffee Lake-S, ia juga hadir dengan sistem papan kekunci Butterfly generasi ketiga yang dikatakan memperbaiki masalah habuk yang dialami papan kekunci generasi sebelum ini.

Nampaknya cara Apple memperbaiki kerentanan papan kekunci ini ialah dengan menggunakan lapisan membran untuk memastikan bahawa zarah habuk tidak dapat memasuki sistem suis papan kekunci tersebut.

iFixit, sebuah syarikat yang menjual aksesori membaiki peralatan elektronik menelanjangkan MacBook Pro baru ini, dan mendapati bahawa pihak Apple menggunakan membran tersebut, dan melakukan beberapa ujian untuk mengesahkan keberkesanan lapisan tersebut dalam mengurangkan masalah habuk tersebut.

Syarikat tersebut menggunakan serbuk cat untuk menguji lapisan membran ini, dan mendapati bahawa lapisan ini, yang dipotong secara khusus mengikut setiap kekunci dapat menghalang habuk-habuk tersebut daripada memasuki sistem suis kekunci Butterfly ini.

Ujian tersebut juga menunjukkan bahawa jika serpihan seperti pasir tersekat didalam papan kekunci tersebut, ia masih akan menyebabkan papan kekunci tersebut untuk mengalami masalah, jadi saranan iFixit di sini ialah untuk tidak membawa MacBook Pro anda ke kawasan pantai.

Dalam pada itu, dokumen dalaman Apple yang tertiris juga menunjukkan penggunaan membran ini di dalam papan kekunci MacBook Pro yang baru.

Ia juga menunjukkan bahawa Apple telah mengurangkan ketinggian kekunci daripada 1.5mm ke 1.25mm untuk memuatkan lapisan membran ini. Apple juga telah mengesahkan bahawa sistem papan kekunci Butterfly generasi ketiga ini hanya boleh digunakan oleh MacBook Pro 2018, dan tidak boleh digunakan pada MacBook Pro generasi 2017 dan 2016, yang menghadapi masalah habuk ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2zTS52t

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.