Pelayar Web Chrome Untuk Android Akan Memberhentikan Tab Di Latar Belakang Selepas 5 Minit Tidak Digunakan
Pelayar web Google Chrome merupakan sebuah pelayar web yang sangat popular, dan digunakan oleh ramai orang yang menggunakan komputer dan juga peranti Android.
Salah satu masalah terbesar yang dihadapi oleh para pengguna Chrome ialah ia sering menggunakan memori yang cukup banyak walaupun hanya beberapa tab yang dibuka.
XDA Developers baru-baru ini menemui butiran dimana para pembangun pelayar tersebut sedang membangunkan satu ciri baru dimana pelayar tersebut akan memberhentikan tab-tab di latar belakang yang tidak digunakan selama lima minit.
Ia juga dikatakan bahawa ciri ini mula dibangunkan oleh pihak Google sejak lima bulan lalu untuk menguji cara-cara untuk mengurangkan penggunaan CPU, memori dan kuasa bateri, khususnya untuk peranti-peranti kelas pertengahan dan mampu milik yang tidak semestinya mempunyai prestasi yang tinggi.
Ciri ini dikatakan sudahpun tiba di versi stabil Google Chrome dan Chrome untuk Android. Ini boleh dilihat melalui tab-tab Chrome yang akan disegar-semula untuk memuatkan semula kandungan laman web tersebut.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2O4H0yG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment