Hi! Welcome Back and Stay Tune! Seorang Diri Bukan Bermakna Kesunyian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Seorang Diri Bukan Bermakna Kesunyian

Siapa di sini biasa dan suka makan seorang diri?

Membeli belah seorang diri?

Menonton wayang seorang diri?

Penulis sendiri biasa makan seorang diri dan berjalan seorang diri. Menonton wayang seorang diri tak pernah buat lagilah, hehe. Tapi penulis memang biasa buat kerja seorang diri.

Ramai kawan-kawan di media sosial ingat penulis ni seorang yang ekstrovert kerana aktif dalam pelbagai aktiviti dan berani memberikan pendapat dan bercakap, namun penulis sebenarnya seorang yang ambivert, kombinasi ekstrovert and introvert. Seorang yang boleh bersosial dalam kumpulan besar dan bercakap dalam kalangan orang ramai, kemudian selepas beberapa jam, balik ke rumah duduk seorang diri menonton drama TV bersiri sambil makan.

Itu waktu single-lah, sekarang sudah kahwin, payah sikit nak buat tapi penulis masih perlukan ‘me time’ untuk ‘recharge’.

Masih terdapat banyak persepsi umum yang berpendapat bahawa jika mereka ternampak orang itu berjalan seorang diri di pusat membeli belah dan makan seorang diri, maka orang itu kesunyian dan mereka ini patut dikasihani.

Betul ke?

Kajian sebenarnya mendapati bahawa kesunyian itu tiada kaitan dengan seorang diri. Anda boleh berasa sunyi dalam lingkungan jumlah orang yang ramai di sekeliling anda. Anda boleh rasa sunyi dalam pertemuan keluarga sewaktu Hari Raya, anda boleh berasa sunyi dalam pertemuan rakan-rakan sekolah sekelas.

Mengapa seseorang itu boleh berasa sunyi?

Itu kerana hati mereka yang rasa kosong. Boleh jadi ada masalah keluarga, isu dengan rakan sepejabat, tidak rapat dengan Tuhan, ada masalah kesihatan mental, baru putus cinta dan sebagainya! Perasaan sunyi boleh dirasai bila-bila masa, walaupun sewaktu dalam pelukan orang tersayang, sewaktu sedang berada dengan ibu bapa dan ahli keluarga, sewaktu sedang bermseyuarat, makan dan menonton wayang. Justeru itu, perkaitan seorang diri dengan sunyi itu amat salah. Perasan sunyi bukan sahaja boleh dirasai oleh orang bujang, namun orang yang sudah berkahwin, yang mempunyai anak, mempunyai keluarga yang penyayang sekalipun, boleh berasa sunyi.

Kerana sunyi itu tiada kaitan dengan keadaan fizikal kita seorang diri, namun lebih kepada dalaman, hati dan mental.

Generalisasi ini biasanya disebabkan faktor budaya dan sejarah. Biasanya seseorang yang berfikiran terbuka, banyak membaca, mengembara dan bergaul dengan pelbagai jenis manusia tidak akan berfikiran sempat seperti ini.

Ada segelintir orang yang suka bergerak seorang diri, lebih mudah, tidak perlu menunggu orang lain, banyak keputusan boleh dibuat pantas dan lebih bebas. Bagi pembaca buku sebagai contohnya, biasanya mereka suka membaca seorang diri kerana lebih tenang dan tiada gangguan. Ada orang suka makan seorang diri kerana bebas memilih makanan yang disukai dan tidak perlu menunggu orang lain. Pendek kata, keadaan seorang diri itu lebih memberi kepuasan dari segi kebebasan, kata mereka.

Namun ada beza orang yang sentiasa berseorangan dan seorang diri sekali sekala melakukan aktiviti ya. Penyendiri (loner) itu orang yang sentiasa bersendiri, berseorangan, yang tiada kehidupan sosial. Itu berbeza dengan orang yang suka, lebih gemar dan sekali sekala berseorang diri. Ada saja orang yang suka berseorang diri namun mempunyai kehidupan sosial yang sihat, membuat aktiviti seperti pergi ke kelas senaman dengan rakan-rakan dan sebagainya.

Jadi, persepsi bahawa berseorang diri itu bermaksud orang itu sunyi adalah tanggapan yang salah. Harapnya selepas ini kita boleh didik ahli masyarakat agar tidak mudah melemparkan generalisasi berat sebelah jika kita ternampak seorang wanita makan seorang diri sambil melihat telefon bimbit ya!

Bacaan lanjut:

  1. The Difference Between Loneliness And Being Alone

https://ift.tt/2NrP7UK

  1. Being Alone Without Being Lonely

https://ift.tt/2O4qT48

  1. What You Need to Know About the Loneliness Epidemic

https://ift.tt/2L0SCnL



✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2mtsFix

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.