AS dakwa 'perisik jelita' Rusia
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mendakwa seorang wanita Rusia terlibat dengan konspirasi yang bertindak sebagai agen Rusia dengan cara menyusup masuk dalam kumpulan politik di negara itu.
'Perisik jelita', Maria Butina, 29, dikatakan menjalin hubungan rapat dengan parti Republikan dan menjadi peguam bela hak senjata api.
Dakwaan itu bagaimanapun tiada kaitan dengan siasatan peguam khas, Robert Mueller yang menyiasat campur tangan Moscow dalam Pilihan Raya Presiden pada 2016.
Peguamnya, Robert Driscoll dalam satu kenyataan, semalam berkata, Butina bukan seorang agen sebaliknya dia adalah pelajar hubungan antarabangsa yang mahu menggunakan ijazahnya untuk meneruskan kerjaya dalam bidang perniagaan.
"Tuduhan itu terlalu besar dan tidak ada petunjuk wanita itu ingin mempengaruhi atau melemahkan apa-apa dasar atau undang-undang AS. Klien saya hanya bekerjasama dengan beberapa entiti kerajaan selama beberapa bulan," ujarnya.
Difahamkan, wanita yang tinggal di Washington itu ditahan, kelmarin dan pendengaran kes dijadualkan pada esok.
Berita penangkapannya dibuat beberapa jam selepas Presiden Donald Trump bertemu dengan rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin yang sekali lagi menafikan tuduhan Kremlin campur tangan dalam pilihan raya tersebut.
Minggu lalu, Jabatan Kehakiman (DOJ) memberkas 12 perisik Rusia yang didakwa melakukan penggodaman ketika pemilihan tersebut. - BBC

✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2L6UR9K
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment