Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isu lantikan speaker selesai, kata setiausaha Dewan Rakyat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isu lantikan speaker selesai, kata setiausaha Dewan Rakyat


Mohamad Fadli
 FMT| July 16, 2018
Dalam sesi Dewan Rakyat pagi tadi, Setiausaha Dewan Rakyat, Roosme Hamzah mengesahkan pihaknya menerima notis pencalonan speaker 2 Julai lalu, iaitu 14 hari sebelum Dewan Rakyat mula bersidang.

Roosme Hamzah tidak mahu mengulas lanjut isu pelantikan speaker yang sudah selesai, walaupun pembangkang mendakwa pelantikan itu melanggar peraturan Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR: Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah enggan mengulas lanjut surat usul pencalonan speaker yang Pakatan Harapan (PH) dakwa dihantar pada 2 Julai lalu.

“Perkara sudah selesai saya tak mahu komen,” katanya kepada FMT selepas melawat bilik media di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam sesi Dewan Rakyat pagi tadi, Roosme mengesahkan pihaknya menerima notis pencalonan speaker pada 2 Julai lalu, iaitu 14 hari sebelum Dewan Rakyat mula bersidang.

“Saya telah menerima cadangan (speaker Dewan Rakyat) itu daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahatahir Mohamad dalam suratnya bertarikh 2 Julai 2018.
“Oleh demikian, segala hormatnya mempersilakan Dr Mahathir untuk cadangkan memilih yang dipertua Dewan Rakyat,” katanya pagi tadi.
Mengikut Peraturan Mesyuarat 4 (1), kerajaan perlu menyerahkan nama speaker kepada setiausaha Dewan Rakyat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Parlimen mula bersidang.

Datuk Mohamad Ariff Md Yusof yang merupakan ahli Amanah dan bekas hakim Mahkamah Rayuan mengangkat sumpah sebagai speaker Dewan Rakyat hari ini, namun ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan pagi tadi sebagai tanda protes terhadap pelantikan itu yang didakwa tidak mematuhi peraturan Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan PAS mendakwa beberapa pemimpin serta menteri PH dilaporkan pada 2 Julai lalu berkata, kerajaan belum memutuskan siapa calon speaker Dewan Rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong dilaporkan berkata, nama speaker sudah diserahkan 2 Julai lalu, manakala Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata, pihaknya membincangkan perkara itu pada 8 Julai lalu.

Dr Mahathir hari ini mempertahankan pelantikan Ariff dengan berkata, PH menyerahkan nama calon speaker pada 2 Julai lalu.
Ariff turut mempertahankan pelantikannya sah dan tidak melanggar peraturan Dewan Rakyat kerana surat usul pencalonannya dihantar kepada setiausaha Dewan Rakyat pada 2 Julai lalu



✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2uHjCOG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.