GST VS SST
Consumption Tax adalah salah satu cukai yang paling stabil kutipannya kerana mahu tidak mahu, rakyat kena berbelanja. Secara kasar, consumption tax dikenakan kepada perbelanjaan rakyat. You consume, you have to pay tax.
Kenapa Consumption Tax itu diperlukan? Pihak kerajaan memerlukan pendapatan yang stabil bagi mentadbir sebuah kerajaan. Seperti mana kita tahu, populasi rakyat Malaysia sentiasa meningkat, dan secara kasar, kos yang untuk mentadbir sebuah negara juga akan meningkat. Subsidi kesihatan dan subsidi pendidikan? You name it.
Semua itu termasuk dalam perbelanjaan kerajaan. Mahu harapkan duit dari hasil barangan komoditi seperti petroleum, minyak kepala sawit dan getah? Tidak cukup boss, lagipun pendapatan bagi komoditi ini tidak stabil macam consumption tax kerana ianya sangat terdedah pada faktor luaran yang kita tidak dapat kawal.
Consumption tax yang pernah dilaksanakan oleh Malaysia ialah Goods and Service Tax (GST) atau boleh juga dikenali sebagai Value-Added Tax (VAT) dan Sales and Service Tax (SST). Secara teori, perbezaan sistem GST dan sistem SST adalah GST secara langsung meletakkan beban cukai kepada pengguna manakala SST meletakkan beban cukai secara langsung kepada pengilang lalu pengilang memindahkan beban cukai tersebut kepada pengguna.
ADAKAH GST DIKENAKAN PADA SETIAP RANTAI PENGEDARAN?
Ya, namun cukai yang dikenakan kepada peniaga pada setiap rantai pengedaran itu boleh dituntut. Contohnya, si pengilang menjual produknya kepada pemborong yang bernilai RM10 (termasuk margin untung) dan caj GST 60 sen, jadi jumlah keseluruhan pemborong kena bayar adalah RM10.60. Namun, 60 sen tersebut boleh dituntut dengan pihak kastam. Jadi kos pemborong yang sebenar adalah RM10.00. Dan proses ini berlaku sampailah ke tempat pengguna di mana beban cukai tersebut dibayar secara langsung.
BAGAIMANA PULA DENGAN SST?
SST dikenakan pada pengilang sebanyak 10%. Contohnya, si pengilang dikenakan cukai 10% ke atas produk kilangnya, RM10.00 nilai produk, RM1 cukai yang perlu dibayar. Pengilang akan salurkan kos cukai tersebut kepada pemborong. Jadi jumlah kos yang perlu dibayar oleh pemborong adalah RM11.
KENAPA KERAJAAN DAHULU MELAKSANAKAN GST, MEMANSUHKAN SST?
1) Untuk elakkan cukai berganda (barangan+barangan). Kelemahan SST yang boleh kita nampak adalah potensi untuk terjadinya double taxation atau cukai berganda. Contohnya, kilang membuat laptop akan order parts laptop dari kilang membuat parts laptop. Kedua-dua kilang ini dikenakan cukai SST. So akan berlakunya double taxation dalam penghasilan laptop.
2) Untuk elakkan cukai berganda (barangan+perkhidmatan).
Contohnya, kita membeli coca-cola dekat hotel. Hotel kemudian mengenakan service tax, Coca-Cola yang dibeli oleh hotel dan dijual kepada pengguna juga telah dicukaikan di peringkat kilang. Secara tidak langsung, telah berlakunya cukai berganda di sini.
3) Ketelusan. Ketika zaman SST, cukai yang dibayar oleh pengguna tidak dinyatakan pada resit dan bukti bayaran yang lain. Tetapi pada zaman GST, pengguna akan dapat tahu berapa cukai yang telah dibayar.
4) Asas percukaian perlu diperluaskan. Tahukah anda, hanya 2 juta daripada 30 juta rakyat membayar cukai pendapatan? Ia sebenarnya jumlah yang sangat sedikit. Walaupun pendapat ini kurang popular bagi orang awam namun i adalah satu langkah yang perlu dilakukan untuk ekonomi negara.
Jadi, antara langklah ketika perlaksanaan GST dahulu adalah seperti cukai pendapatan telah dikurangkan, perlaksanaan BR1M (sudah tukar nama) serta banyak tax exemption yang lain untuk barang-barang keperluan telah diberikan bagi membantu golongan B40 dan M40.
5) “Cukai” tersembunyi. Perlaksanaan GST telah menghapuskan cas hutang tersembunyi yang boleh berlaku pada perlaksanaan SST. Contohnya, kita boleh lihat di sini :
Kilang = RM100+10% cukai SST = RM110
Cukai yang dibayar = RM10
Pemborong= RM 110+20% margin untung = RM132
Cukai yang dibayar = 0 “Cukai” terselindung = RM10 x 20% = RM2
Retailer = RM132+30% margin untung = RM171.60
Cukai yang dibayar = 0 “Cukai” terselindung = (RM10+RM2)x 30%= RM3.60
Jadi, jumlah kutipan yang kerajaan dapat = RM10
Jumlah yang cukai perlu dibayar oleh pengguna = RM10+2+3.60 = RM15.60
Jumlah cukai yang tidak dapat dikutip = RM5.60 (peniaga sapu)
KELEMAHAN PERLAKSANAAN GST YANG LEPAS
1) Peniaga yang Tidak Berdaftar.
Seperti mana kita tahu, untuk mengenakan cukai GST terhadap pengguna, sebuah perniagaan mesti mendaftar untuk menggunakan sistem GST dan barulah peniaga boleh menuntut kos GST daripada kastam. Persoalannya di sini, bagaimana pula dengan nasib peniaga-peniaga kecil di mana kebanyakannya tidak mendaftarkan perniagaan mereka? Mereka terpaksa menyerap segala kos GST terhadap perbelanjaan perniagaan mereka.
“Suruh ja dia orang daftar GST kat kastam, selesai masalah..”
Nanti dulu! Kos untuk menyelenggarakan sistem GST ni bukannya murah. Kena ada pekerja yang mahir dengan sistem tersebut. Jadi kena ambil seorang akauntan atau hantar pekerja yang sedia ada pergi kursus yang juga melibatkan kos. Segala bukti transaksi perniagaan juga hendak disimpan dengan teliti untuk memudahkan proses tuntutan.
2) Jangka Masa Proses Tuntutan
Proses tuntutan GST mengambil masa 14 hari masa bekerja jika penyata GST dihantar online atau mengambil masa 28 hari jika dihantar secara manual itupun JIKA dokumen-dokumen yang dihantar lengkap. Jika tidak, proses itu akan mengambil masa yang lebih lama, jesteru itu ianya akan menyebabkan terganggunya cashflow perniagaan.Setakat ini, banyak juga peniaga melaporkan bahawa tuntutan mereka berlanjutan sampai ke berbulan-bulan lamanya, lantas menganggu cashflow mereka. Ini berbeza dengan kaedah perlaksanaan cukai GST di negara Eropah yang lebih efisyen.
3) Margin Keuntungan yang Tinggi.
Jika tingginya margin keuntungan yang dikenakan oleh setiap rantaian perniagaan, duit kerajaan yang diperolehi oleh GST lebih banyak daripada SST. Jika harga dikenakan ke atas pengguna 67% lebih mahal daripada harga kilang, cukai GST lebih banyak daripada cukai SST. Senang cerita, cuba tukarkan kadar keuntungan setiap rantaian perniagaan itu sebanyak 50%.
Jika dibuat menggunakan pengiraan seperti di dalam gambar, cukai GST = RM17.25 SST= RM15. Ini bermaksud cukai GST lebih mahal jika margin keuntungan melebihi satu tahap di mana ianya menyebabkan harga barang ke atas pengguna lebih mahal 67% daripada harga kilang.
Pendapat peribadi penulis, walaupun terdapat kelemahan yang ada pada perlaksanaan GST, tetapi GST perlu diteruskan bagi mempelbagaikan pendapatan negara. Namun perlu pembaikan dari segi perlaksaan kerana tidak boleh dinafikan perlaksanaan GST itulah yang bermasalah. GST bukanlah kitab yang tidak boleh diubah demi kebaikkan rakyat. Sistem GST itu jauh lebih baik daripada SST. Yang perlu diperbetulkan adalah sistem GST negara kita yang sedia ada, agar beban rakyat dapat dikurangkan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2uM3Lyw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment