Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bina landasan dalam tempoh tiga jam setengah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bina landasan dalam tempoh tiga jam setengah

Sinar Harian, 14 Julai 2018


Bina landasan dalam tempoh tiga jam setengah
Lebih 500 pekerja terlibat dalam projek menaik taraf landasan tersebut.

BEIJING - CHINA . Sebagai sebuah negara yang terkenal dengan kereta api lajunya, China juga berjaya membina landasan kereta api dalam tempoh yang singkat.

Sepasukan pekerja di selatan China dapat menyiapkan bahagian landasan baharu itu dalam tempoh 3 jam setengah, semalam yang mana usaha luar biasa itu turut dirakamkan.

Lebih 500 pekerja bekerjasama dalam projek menaik taraf landasan sedia ada kepada landasan kereta api laju di stesen Hajiacun di bandar Zhangjiajie.
Laluan itu adalah sebahagian daripada landasan kereta api laju baharu Qian-Zhang-Chang sepanjang 339 kilometer dan dijangka siap pada 2019.
Ia menghubungkan bandar Chongqing dengan Changde di wilayah Hunan dan turut melalui bandar pelancongan Zhangjiajie.

Dengan kelajuan 200 kilometer sejam, landasan baharu tersebut akan mengurangkan masa perjalanan antara bandar di selatan China.
Difahamkan, perjalanan dari Chongqing ke Changsha, ibu kota wilayah Hunan akan disingkatkan kepada empat jam berbanding 11 jam sebelum ini.

Januari lalu, kira-kira 1,500 pekerja mengagumkan dunia selepas berjaya membina landasan kereta api baharu di wilayah Fujian dalam tempoh sembilan jam. - Daily Mail



✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2uoua69

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.