Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sultan Selim II: Sang Penakluk Cyrus - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sultan Selim II: Sang Penakluk Cyrus

Sultan Selim II merupakan Sultan Turki Uthmaniyyah yang kesebelas yang memerintah dari tahun 1566 sehingga 1570. Beliau merupakan putera kepada Sultan Suleiman Al Qanuni dan Hurrem Sultana dan satu – satunya putera Sultan Suleiman Al Qanuni yang masih hidup. Sultan Selim II berjaya menewaskan kesemua putera Sultan Suleiman Al Qanuni, Putera Mustafa dan Putera Bayazid dalam merebut takhta Sultan Turki Uthmaniyyah dengan kelicikan akal dan permainan politik beliau.

Namun begitu, Sultan Selim II bukanlah putera yang mewarisi kebijaksanaan dan kepintaran dalam mengurus urus pentadbiran Empayar berbanding Putera Mustafa dan Putera Bayazid yang dikatakan lebih berbakat berbanding beliau. Selain itu, Sultan Selim II juga banyak menghabiskan masa berfoya – foya didalam Istana Topkapi. Oleh itu, segala urusan pentadbiran Empayar Turki Uthmaniyyah diserahkan kepada Wazir Besar Mehmed Sokollu Pasha.

Sultan Selim II telah memerintah armada tentera laut Turki Uthmaniyyah ke Nusantara pada tahun 1567 bagi membantu Sultan Aceh dalam misi penaklukan kota Melaka daripada penguasaan Portugis. Beliau telah menghantar 15 armada tentera laut dan juga memerintah Gabenor di Mesir untuk membina satu terusan di Suez bagi memudahkan penghantaran bantuan ketenteraan ke Aceh. Walaubagaimanapun, kempen Aceh – Turki Uthmaniyyah telah gagal menakluki Melaka. Namun begitu, usaha tersebut hendaklah dipuji kerana usaha penghantaran bantuan armada tentera laut ke Aceh bukanlah sesuatu yang mudah dan perjalanan antara Istanbul dan Aceh begitu jauh sekali.

Pada tahun 1568, Sultan Selim II telah menandatangani perjanjian damai diantara Turki Uthmaniyyah dan Hasburg Austria bagi menamatkan konflik peperangan diantara kedua – dua kerajaan yang telah menyebabkan kerugian kepada kedua – dua. Ini kerana Pertempuran Szigetvár telah menyebabkan kerugian kepada Empayar Turki Uthmaniyyah yang telah mengorbankan Sultan Suleiman Al Qanuni walaupun berjaya merampas kota tersebut. Perjanjian damai tersebut telah menjamin kedamaian di Eropah Timur selama 25 tahun.

Pada tahun 1570, Sultan Selim II telah mengisytiharkan kempen peperangan dengan Republik Venice dimana beliau ingin merampas Cyprus yang merupakan tanah jajahan Republik Venice. Usaha kempen penaklukan Cyrus sebenarnya hasil desakan para ulama yang mengatakan Cyrus pada suatu ketika dahulu pernah dibawah pemerintahan Islam sebelum dirampas oleh kerajaan Kristian Eropah. Selain itu, setiap Sultan yang baru menaiki takhta sudah menjadi tradisi untuk menakluki satu wilayah. Namun, Sultan Selim II agak pasif dalam ketenteraan berbanding para pendahulunya. Peperangan tersebut dimenangi oleh Empayar Turki Uthmaniyyah dengan jatuhnya Cyrus ketangan Empayar Turki Uthmaniyyah.

Empayar Turki Uthmaniyyah juga menghadapi konflik dengan Empayar Rusia pada ketika itu dibawah pemerintahan Ivan the Terrible. Konflik tersebut disebabkan Astrakhan Khanate telah ditakluki oleh Empayar Rusia pada tahun 1556. Wazir Besar Mehmed Sokollu Pasha telah bersetuju untuk membantu Astrakhan Khanate bagi menghadapi serangan Empayar Rusia. Namun begitu, Empayar Turki Uthmaniyyah telah mengalami kekalahan yang teruk. Kebanyakan tentera Turki Uthmaniyyah banyak terkorban yang menelan ribuan nyawa ketika pertempuran di Astrakhan dan ada juga terpaksa mati ketika pulang ke Istanbul akibat musim sejuk yang melampau di Rusia.

Pemerintahan Sultan Selim II tidaklah panjang iaitu 8 tahun dan Empayar Turki Uthmaniyyah telah menunjukkan kemerosotan dan tidak banyak kejayaan yang dikecapi oleh beliau kecuali kempen penaklukan Cyrus dibawah pemerintahan beliau. Pada tahun 1574, Sultan Selim II telah meninggal dunia dan takhta tersebut diwarisi kepada Sultan Murad II.

Rujukan

Hamka. Sejarah Umat Islam 2016, PTS Publishing

Setton, K. M. (1976). The Papacy and the Levant, 1204-1571 (Vol. 161). Americ

Brewer, D. (2010). Greece, the hidden centuries: Turkish rule from the fall of Constantinople to Greek independence. London and New York: IB Tauris.

Martin, J. (1995). Medieval Russia, 980-1584. Cambridge University Press.

Graf, A., Schroter, S., & Wieringa, E. (Eds.). (2010). Aceh: History, politics and culture (Vol. 390). Institute of Southeast Asian Studies.



✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2mt6U2t

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.