Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Dipaksa Kahwin Dan Dirogol Suami.’ Remaja Bunuh Suami Akhirnya Terlepas Dari Hukuman Mati.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Dipaksa Kahwin Dan Dirogol Suami.’ Remaja Bunuh Suami Akhirnya Terlepas Dari Hukuman Mati..



Khartoum: Hukuman mati terhadap remaja Sudan yang membunuh suaminya yang merogolnya selepas dipaksa kahwin, ditukar kepada penjara lima tahun dalam kes yang menarik perhatian dunia.

Image result for Noura Hussein

Image result for Noura Hussein

Noura Hussein yang kini berusia 19 tahun, mendakwa selepas dia enggan melakukan hubungan seks, suaminya yang berusia 35 tahun, merogolnya dengan bantuan saudara lelaki terbabit yang memegangnya.


Kelmarin, Mahkamah Rayuan Sudan membatalkan hukuman mati terhadapnya yang dijatuhkan bulan lalu, oleh Mahkamah Syariah negara itu.

Related image

Menurut AFP, peguam yang mewakili remaja itu, Al-Fateh Hussein, berkata, mahkamah membatalkan hukuman mati dan menggantikannya dengan penjara lima tahun berserta denda 337,500 pound Sudan (RM48,300) kepada keluarga suaminya.


“Hukuman penjara itu bermula sejak remaja berkenaan ditahan,” katanya.

Noura ditahan dipenjara wanita sejak Mei 2017.

Remaja itu ditunangkan pada usia 16 tahun tetapi menolak untuk dikahwinkan dan melarikan diri ke rumah saudaranya.

Pada April 2017, dia dipaksa berpindah ke rumah suaminya, Abdulrahman Hammad, selepas tamat sekolah menengah.


Apabila dia enggan menerima perkahwinan itu, pada 2 Mei 2017, suaminya memanggil dua abang dan seorang sepupu lelaki membantunya merogol Noura.

Pagi esoknya, lelaki itu sekali lagi cuba merogolnya, namun Noura yang berusaha mempertahankan diri, bergelut lalu menikam suaminya.


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2u11VcH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.