Hi! Welcome Back and Stay Tune! MediaTek Mungkin Akan Membekal Modem 5G Untuk iPhone Akan Datang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MediaTek Mungkin Akan Membekal Modem 5G Untuk iPhone Akan Datang

MediaTek adalah syarikat yang mengeluarkan cip untuk kegunaan peranti-peranti pintar. Antara cip yang dihasilkan adalah modem rangkaian. Untuk iPhone generasi akan datang – MediaTek mungkin adalah pembekal modem 5G kedua mereka.

Ini adalah sejajar dengan apa yang kami laporkan tahun lepas di mana Apple akan berhenti menggunakan cip daripada Qualcomm dan akan mengggantikan dengan Intel ataupun MediaTek.

Pihak MediaTek sudah pun sedia untuk menjadi pembekal modem 5G untuk iPhone akan datang. Untuk iPhone keluaran 2018, 70% sumber modem adalah daripada Intel.

Kebanyakan syarikat telekomunikasi di seluruh dunia akan mula memperkenalkan rangkaian 5G bermula awal tahun 2019. Disebabkan rangkaian 5G ini masih baru – Apple hanya mungkin akan menggunakan modem 5G pada iPhone selepas ianya lebih stabil dan meluas. Beberapa penganalisa mengatakan iPhone dengan modem 5G mungkin akan hadir seawal tahun 2020.

Buat masa ini, cip yang MediaTek bekal untuk Apple adalah cip WiFi untuk pembesar suara pintar mereka Apple HomePod.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2lQRepe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.