Hi! Welcome Back and Stay Tune! TM Mengumumkan Pelan Jalur-Lebar Baharu – Unifi 30Mbps Kini Ditawarkan Bawah RM100 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TM Mengumumkan Pelan Jalur-Lebar Baharu – Unifi 30Mbps Kini Ditawarkan Bawah RM100

Sebelum ini, Telekom Malaysia mengumumkan akan berkongsi tentang inisiatif jalur-lebar mereka selepas Menteri Komunikasi dan Multimedia mengumumkan harga perkhidmatan harus dikurangkan sehingga 25% pada penghujung tahun ini. Di dalam sidang media yang berlangsung di Pusat Konvensyen Telekom Malaysia sebentar tadi TM mengumumkan pengurangan harga pakej-pakej yang ditawarkan.

Pertama sekali pelan Unifi 30Mbps akan ditawarkan pada harga bawah RM100 berbanding RM 179 sekarang. Ini adalah potongan sebanyak 40%. Ia kini diklasifikasikan sebagai pelan jalur-lebar kelas permulaan untuk golongan isi rumah B40. Pra-tempah untuk pelan baru ini walau bagaimanapun hanya akan dibuka pada 15 Julai hadapan.

Pada waktu yang sama pelan Unifi Turbo akan ditawarkan bermula 15 Ogos hadapan bagi pelanggan pelan semasa dengan kelajuan yang digandakan lebih dari dua kali ganda. Bayaran langganan bulanan untuk Unifi Turbo ini adalah RM199 sebulan. Kelajuan sebenar yang ditawarkan menerusi pelan ini masih belum diumumkan tetapi TM mensasarkan ianya antara yang terpantas di Asia Tenggara.

Pelan naik taraf turut akan diberikan kepada pengguna pra-Unifi (Streamyx) serta mengembalikan semula pakej tanpa had Unifi Mobile bagi pelanggan sedia ada.

Pihak Telekom Malaysia akan berkongsi maklumat lebih terperinci mengenai pelan-pelan yang diumumkan hari ini pada acara khas yang akan diadakan pada 12 Julai kelak.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2lRaiEc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.