Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Mempatenkan Jam Tangan Pintar Dengan Fon Telinga Nirwayar Terbina - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Mempatenkan Jam Tangan Pintar Dengan Fon Telinga Nirwayar Terbina

Jam tangan pintar kini hadir dengan SIM terbina pada baberapa model terpilih. Ini membolehkannya melakukan panggilan telefon dan menstrim kandungan muzik. Untuk privasi masksimum, penggunaan fon telinga Bluetooth adalah disyorkan. Tetapi fon telinga Bluetooth ini tidak mudah dibawa dan memerlukan penyimpan khas. Ini mungkin penyebab mengapa Huawei telah mempatenkan sebuah jam tangan pintar dengan fon telinga Bluetooth terbina.

Menerusi paten yang difailkan, tali jam tangan pintar ini mempunyai tempat simpanan sepasang fon telinga Bluetooth. Apabila diperlukan ia boleh ditarik keluar dengan mudah. Pada waktu yang sama sebuah lagi paten menunjukkan satu fon telinga Bluetooth disimpan pada bahagian pemegang. Rekaan fon telinga ini lebih mirip kit pampas tangan Huawei TalkBand yang pernah dihasilkan oleh mereka dua tahun lalu.

Sejak awal tahun ini pelbagai rekaan jam tangan pintar telah difailkan oleh Huawei dengan bingkai sesentuh. tali jam dengan alat kawalan permainan dan sistem kawalan baru untuk antaramuka jam. Seperti biasa paten yang difailkan tidak bermaksud ia akan dihasilkan di dunia sebenar.

Bagi pengguna Apple Watch pula, sebuah tali jam tangan pintar dengan tempat simpan AirPods terbina telahpun dihasilkan sekiranya anda berminat.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IOp5Z9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.