Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pepijat Facebook Menyebabkan Sekatan Ditarik Kepada Insan Yang Telah Disekat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pepijat Facebook Menyebabkan Sekatan Ditarik Kepada Insan Yang Telah Disekat

Di media sosial, jika seseorang itu bergaduh atau tidak menggemari antara satu sama lain – pasti akan disekat dan mereka tidak dapat akses atau lihat apa yang kita terbit, kicau atau juga muat naik. Baru-baru ini, Facebook mengeluarkan kenyataan di mana seramai 800,000 pengguna terkesan dengan pepijat yang menyah-sekat rakan-rakan yang telah disekat.

Rakan Facebook yang telah dinyah-sekat secara automatik itu dapat melihat segala aktiviti Facebook yang diterbit secara awam. Pepijat ini berlangsung daripada 29 Mei 2018 sehingga 5 Jun 2018. Sebanyak 85 peratus pengguna yang hanya menyekat seorang – pepijat ini akan terkesan kepada mereka.

Pepijat ini secara tidak langsung akan membuatkan seseorang pengguna Facebook itu berasa tidak tenang, gelisah, atau juga perasaan janggal jika rakan yang telah disekat itu cuba hubungi mereka atau ganggu mereka.

Menurut Facebook, pepijat ini telah pun dibaiki dan semua rakan Facebook yang dinyah-sekat telah disekat semula. Agak janggal, perkara yang sudah berlangsung sebulan lalu – baru hari ini Facebook mengeluarkan kenyataan rasmi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IMjjY3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.