Kru MAS Ditahan Di Melbourne Dakwaan Seludup Heroin 3.5kg Berharga AS$1.4 Juta..
SEORANG atendan penerbangan telah ditahan atas dakwaan menyeludup heroin bernilai AS$1.4 juta ke Australia.
Kru terbabit, warganegara Malaysia ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne selepas didakwa mengimport 3.5kg heroin dalam penerbangan komersil.
Herald Sun dalam laporan eksklusifnya melaporkan lelaki berusia 33 tahun itu adalah pekerja syarikat penerbangan Malaysia Airlines.
Pegawai Pasukan Penguatkuasaan Sempadan Australia melihat lelaki itu berkelakuan mencurigakan setelah tiba dari Kuala Lumpur.
Para pegawai menyiasat lelaki tersebut dan didakwa menemui 10 bungkusan yang dibalut dengan pita pelekat.
"Bungkusan tersebut menjalani ujian awal dan menunjukkan tanda ia adalah heroin," seorang jurucakap Polis Persekutuan Australia memberitahu Daily Mail Australia.
Saksi memberitahu The Herald Sun bahawa lelaki itu kelihatan seperti tahu bahawa 'sesuatu akan berlaku' sebelum dia ditangkap.
"Dia pergi ke arah beg tetapi meninggalkannya di karusel selama beberapa minit," kata saksi itu.
"Mereka menunggu sehingga dia mengambil beg itu sebelum menangkapnya."
Lelaki itu telah didakwa memiliki dan mengimport kuantiti komersial dadah kawalan sempadan iaitu heroin.
Dia akan hadir di mahkamah pada 6 Ogos.
mStar Online dan Daily Mail Australia telah menghubungi MAS untuk mendapatkan komen. -Daily Mail
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2tPDpMx
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment