Huawei Nova 3 Dijangka Hadir Dengan 6GB RAM Dan Dwi-Kamera Hadapan
Huawei sedia hadir dengan gambar acah untuk Nova 3 sebelum ini, sekaligus menandakan ia akan dilancarkan pada bulan Julai ini. Kini, selari dengannya, peranti berkenaan turut dilihat telah melalui pengesahan TENAA – sekaligus memperlihatkan beberapa spesifikasi yang akan dibawakan pada peranti berkenaan.
Melalui XDA-Developers yang memetik TENAA, Nova 3 dilihat hadir dengan skrin 6.3-inci dengan paparan bertakuk, dan menariknya dilihat mungkin hadir dengan cip Kirin 970 dan juga memori sehingga 6GB RAM.
Pada masa yang sama, telefon pintar ini juga dilihat akan menyertakan dwi-kamera hadapan 24-megapixel + 2-megapixel, selain kamera belakang 16-megapixel dan 24-megapixel. Nova 3 juga dijangka hadir dengan bateri berkapasiti 3650mAh.
Seperti biasa, ini hanyalah spesifikasi daripada info TENAA – dan masih terdapat kemungkinan yang mana spesifikasi akhir mungkin berubah berbanding apa yang diperlihatkan ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MJ94pM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment