Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Mengemaskini Televisyen The Frame Dengan Pelbagai Pilihan Bingkai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Mengemaskini Televisyen The Frame Dengan Pelbagai Pilihan Bingkai

Televisyen Samsung The Frame adalah unik di pasaran kerana ia adalah anjakan paradigma kepada rekaan televisten sedia ada. Ia secara harfiah sebuah televisyen yang kelihatan seperti sebuah bingkai gambar. Apabila tidak digunakan sebagai televisten, ia boleh memaparkan gambar-gambar berkualiti tinggi bagi menghiasi ruang tamu.

Model kemaskini The Frame  2018 baru sahaja dilancarkan dan membawakan beberapa penambahbaikan berbanding model sebelum ini. Pertama sekali “bingkai gambar” televisyen kini boleh ditukar ganti mengikut mood pengguna. Ia bersambung menggunakan magnet dengan pilihan bingkai walnut, hitam, putih dan beige. Menerusi perkhidmatan langganan ArtStore, pengguna boleh memaparkan hasil seni terkemuka mengikut citarasa peribadi. Pilihan hasil seni juga boleh dilakukan secara automatik mengikut tema yang dipilih.

Seperti televisyen QLED 2018 yang baru dilancarkan, ia boleh disambung ke dinding tanpa ruang kosong menerusi sistem No Gap Wall Mount. Sambungan hanya satu wayar nipis turut dibawa dari sistem QLED ke The Frame tahun ini. Kesemua wayar kuasa dan sambungan AV hanya memerlukan satu wayar menerusi sistem ini.

The Frame 2018 ditawarkan dalam saiz 55 dan 65 inci dengan skrin 4K serta sokongan HDR. Sistem operasi pintar Tizen digunakan lengkap dengan aplikasi penstriman popular seperti Netflix dan YouTube. Kedua-dua model sudah mula dijual di Amerika Syarikat pada harga $2,000 (~RM 8100) untuk model 55″ dan $2,800 (~RM 11830) untuk model 65″. Bingkai tambahan dijual berasingan pada harga bermula dari $200 (RM 810).



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2z4M3M0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.