Hi! Welcome Back and Stay Tune! INFOBAR xv – Telefon Bimbit Yang Boleh Ditambat Pada Telefon Pintar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

INFOBAR xv – Telefon Bimbit Yang Boleh Ditambat Pada Telefon Pintar

Populariti telefon bimbit dilihat semakin tidak gah dek kerana kehadiran telefon pintar kelas asas. Ini kerana harga yang ditawar hampir sama dan telefon pintar kelas asas ini menawarkan lebih banyak ciri dan fungsi. Di Jepun, INFOBAR xv dilancarkan sempena ulang tahun kelima belas dan ia adalah telefon bimbit yang boleh ditambat kepada telefon pintar.

INFOBAR xv mempunyai skrin WVGA LCD 3.1-inci, kamera 8-megapixel terbina, bateri berkapasiti 1500mAh, dan sokongan kad mikroSD sehingga 32 GB. Untuk talian pula, ia menyokong talian LTE dan juga aplikasi media sosial Line. Lebih menarik, INFOBAR xv ini turut disertakan dengan sebuah dermaga pengecas yang akan menjadikan telefon bimbit ini sebagai jam meja.

Menjadikan telefon bimbit ini lebih menarik adalah – ia boleh ditambat kepada telefon pintar melalui Bluetooth. Secara terus membenarkan pengguna untuk mengakses pembantu maya seperti Google Assistant atau Siri dengan mudah.

Menggamit kenangan sejarah INFOBAR, rekaan keseluruhan dan papan kekunci telefon bimbit ini adalah – ia mengekalkan rekaan INFOBAR yang terdahulu seperti INFOBAR dan INFOBAR 2.

Ia hanya ditawarkan di Jepun sahaja dan harganya belum lagi diumumkan. INFOBAR xv ini akan dipasarkan bermula penghujung tahun 2018.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2mlyU7W

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.