Seorang bekas PM, anak perempuan ditahan
LAHORE - PAKISTAN. Bekas perdana menteri Pakistan, Nawaz Sharif ditahan sejurus mendarat semalan dan bakal menjalani hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan rasuah.
Menurut kenyataan pentadbir di Islamabad, Sharif dan anak perempuannya, Maryam ditahan serta merta oleh pihak berkuasa sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak.
Mereka mendarat di Lahore dan terus dibawa ke ibu negara, kata kenyataan itu lagi.
Sharif yang mendakwa menjadi sasaran kerajaan baru kini sedang berjuang untuk saki baki karier politiknya selepas kejatuhan parti Liga Muslim-Nawaz (PML-N) pada minggu terakhir kempen, menjelang pilihan raya 25 Julai nanti.
Hampir 15,000 penyokong beliau menyanyi dan menari di Mall, iaitu laluan utama di Lahore bagi menyambut kepulangan Sharif dari London.
Lahore ialah ibu negeri wilayah Punjab yang juga kawasan paling padat penduduk di Pakistan dan kubu kuat PML-N. -AFP
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2L9xDiE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment