Papan Kekunci MacBook Pro Kini Mempunyai Lapisan Getah Penghalang Debu
Model kemaskini untuk MacBook Pro dengan Touch Bar dilancarkan pada minggu lalu dengan pemproses Intel generasi ke-lapan. Menurut Apple lagi papan kekunci kupu-kupu yang digunakan kini adalah dari generasi ke-tiga yang diperbaiki untuk menjadi lebih senyap.
Laman iFixit telah melakukan analisa terhadap model terkini MacBook Pro ini dan menemui beberapa perkara menarik. Papan kekunci kini mempunyai lapisan getah di bawah butang bagi mengelakkan debu dari memasuki ruang mekanisme.Ia juga mengurangkan bunyi bising semasa menaip.
Masalah debu tersekat boleh menyebabkan papan kekunci gagal berfungsi sehingga perlu dibersihkan menggunakan penyembur udara. Besar kemungkinan papan kekunci ini adalah yang sama seperti yang mereka patenkan Mac lalu.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2uDuAEX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment