Telekom Malaysia Sedang Melihat Kepada Kandungan 8K Dan Juga Rangkaian 5G
Telekom Malaysia pada minggu lepas telah berkongsi mengenai perancangan mereka dalam mempertingkatkan kelajuan internet di Malaysia sehingga 800Mbps. Dengan perkembangan ini, ia sekaligus membolehkan lebih banyak kandungan berkualiti tinggi dapat dinikmati pengguna tanpa masalah.
Salah satunya adalah kandungan pada resolusi 8K. Pihak Telekom Malaysia tidak menyentuhnya secara menyeluruh, tetapi memaparkan yang mana mereka sedang melihat kepada arena kandungan 8K dengan implementasi kelajuan mencapai 800Mbps.
Buat masa ini, Unifi TV masih lagi tidak menyokong paparan resolusi 4K – tetapi kita mungkin akan dapat melihatnya dilaksanakan tidak lama lagi.
Selain daripada itu, Telekom Malaysia juga turut memperlihatkan mereka ingin melaksanakan rangkaian 5G di Malaysia seawal mungkin – sekaligus bersaing dengan sengit bersama penyedia telekomunikasi yang lain.
Rangkaian 5G ini dijangka mula diperkenalkan dibeberapa buah negara bermula tahun hadapan. Mengikut penganalisa sebelum ini, rangkaian 5G dijangka digunakan meluas di Malaysia menjelang 2022/2023 kelak.
Dengan pihak Telekom Malaysia dengan berani memaparkan perkara berkaitan pada pembentangan mereka, mungkinkah ini bermakna pihak TM telah mempunyai beberapa konsep dalam pembangunan pada hari ini untuk rangkaian 5G dan juga untuk sokongan kandungan 8K?
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2uowhH6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment