Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Skyscraper' Gagal Kaut Untung Di Carta Domestik Amerika Syarikat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Skyscraper' Gagal Kaut Untung Di Carta Domestik Amerika Syarikat


Filem terbaru lakonan Dwayne Johnson, Skyscraper nampaknya gagal untuk mendapat tempat di hati peminat Amerika Syarikat. Walaupun pelbagai usaha dijalankan untuk mempromosikan filem tersebut, filem tersebut gagal untuk mendapat kutipan memberansangkan di pasaran domestik.


Skyscraper diinspirasikan daripada filem Die Hard mengisahkan bagaimana seorang penasihat keselamatan, Will Sawyer lakonan Dwayne Johnson cuba untuk menyelamatkan keluarganya yang terperangkap di dalam bangunan tertinggi di dunia, The Pearl. Filem ini turut dilakonkan oleh Neve Campbell, Pablo Schreiber dan Noah Taylor.

Deadline melaporkan bahawa Skyscraper hanya mampu mengaut USD25.4 juta sahaja pada minggu pertama tayangan. Ini sekaligus menjadikan filem ini berada di tempat ketiga carta mingguan domestik. Tempat pertama carta diungguli Hotel Transylvania 3: Summer Vacation yang mengutip USD44.1 juta dan tempat kedua pula ialah Ant-man and the Wasp yang mendapat USD29.5juta.

Dengan kos pembikinan USD125 juta, Skyscraper sememangnya boleh dikira sebagai filem yang gagal di Amerika Syarikat. Kegagalan filem ini berkemungkinan disebabkan filem Dwayne Johnson yang terlalu banyak dalam masa setahun. Sebelum ini, pelakon ini muncul dengan filem Rampage yang mana mendapat kutipan USD99 juta di Amerika Syarikat dan USD404 juta di seluruh dunia.



✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2mmvNNo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.