Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Jokowi puji Saddiq, anggap beliau menteri smart' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Jokowi puji Saddiq, anggap beliau menteri smart'

'Jokowi puji Saddiq, anggap beliau menteri smart'
Syed Saddiq bersama Jokowi dalam satu kereta meninjau persiapan Sukan Asia.
(Ubah saiz teks)
JAKARTA - Selepas pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan Indonesia Imam Nahrawi, jadual Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Indonesa diteruskan dengan perjumpaan bersama Presiden, Joko Widodo.

Menteri Belia dan Sukan itu, dalam perkongsiannya hari ini berkata, apa yang menarik dalam pertemuannya bersama dengan Jokowi adalah beliau berpeluang menaiki kereta bersama.

Katanya, beliau dan Jokowi dalam satu kereta menuju ke Palembang untuk meninjau persiapan Sukan Asia.
"Saya bersama bapak Presiden yang juga merupakan idola saya dan idola anak muda Malaysia dan Indonesia," kata Saddiq ketika berbual mesra dengan Jokowi dalam kereta berkenaan.

Video perjalanan Saddiq dengan Jokowi yang berdurasi 57 saat itu dikongsi beliau di Facebooknya.

Sementara itu, ketika Saddiq meminta Jokowi menyampaikan sedikit pesanan dalam pertemuan itu, Jokowi dalam nada tawa berkata 'Saya satu mobil (kereta) dengan bro Saddiq'.

"Saya senang sekali ada menteri yang smart, cerdas dalam satu mobil dengan saya.
"Malaysia dan Indonesia sebagai satu saudara serumpun, marilah kita bersama-sama bekerjasama dalam segala bidang, pelaburan, perdagangan, hubungan tenaga kerja semua harus baik," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Jn4wmM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.