Jeff Bezos Bakal Menawarkan Pengalaman Ke Angkasa Lepas Bermula Dari RM 800,000 Seorang
Pada 12 April 1961, Yuri Gagarin menjadi manusia pertama ke angkasa lepas. Sejak tarikh bersejarah ini, kurang 600 insan sudah mengikut jejak langkah angkasawan pertama ini termasuk Sheikh Muszaphar Shukor dari negara kita pada tahun 2007. Jumlah ini akan meningkat dalam masa terdekat dengan beberapa syarikat peribadi mula menawarkan pengalaman ke angkasa lepas bagi mereka yang berminat.
Blue Origin ialah salah satu syarikat tersebut dan dimiliki oleh hartawan Amazon Jeff Bezos. Menurut laporan Reuters, Blue Origins akan mula menawarkan pakej ke angkasa lepas dengan harga tiket di antara $200,000 – $300,000 (~RM 800,000-1200,000) sekepala. Enam penumpang akan menaiki roket New Shepard ke angkasa lepas untuk merasakan graviti sifar. Selepas itu ia akan kembali semula mendarat ke bumi. New Shepard mempunyai kemampuan terbang dan mendarat semula seperti roket Falcon 9 keluaran Space X.
Blue Origin, Virgin Galactic dan Space X adalah tiga syarikat yang akan menghantar pelancong ke angkasa lepas. Percutian ke angkasa lepas ini kemudian akan diikuti pula oleh penginapan di hotel angkasa lepas seperti Aurora yang dijangka dibuka pada tahun 2022.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NfoSkn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment