Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan tolak rawatan kanser hospital - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan tolak rawatan kanser hospital

Sinar Harian
Jangan tolak rawatan kanser hospital
Foto Bernama
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Ibu bapa yang mempunyai anak menghidap kanser dinasihat  tidak tunduk kepada pihak yang menawarkan rawatan lain selain disarankan doktor.

Penasihat Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-Anak Kanser (KIDS) Dr Nor Azizah Mohd Taib berkata terdapat ibu bapa yang terpengaruh dengan dakyah bahawa rawatan kanser seperti kimoterapi akan membawa kesan lebih buruk dan menolak rawatan tersebut.

“Saya sangat kesal dan ibu bapa hanya ke hospital apabila keadaan anak bertambah buruk serta terlalu lewat untuk dirawat dan menyalahkan pihak hospital selepas itu,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Jom KIDS Raya 2018 di Wisma Bernama di sini hari ini.

Dr Nor Azizah berkata sebaliknya rawatan kimoterapi ke atas anak-anak kanser yang dikesan awal mempunyai peluang 80 hingga 90 peratus sembuh berbanding orang dewasa.

Namun, katanya, sikap segelintir golongan yang mengaitkan kanser dengan maut dan tidak mempunyai harapan sembuh mempengaruhi golongan ibu bapa menjadikan hospital pilihan terakhir merawat anak mereka atau ‘lari’ daripada rawatan sepatutnya.

“Ibu bapa perlu mendengar nasihat doktor kerana rawatan yang kita berikan berdasarkan data dan fakta sains yang dirujuk daripada beribu-ribu kes dalam dan luar negara.
“Yang sakit anak kita, jangan terpengaruh dengan pihak lain yang mencadangkan rawatan lain tanpa adanya fakta dan bukti yang menyembuhkan penyakit itu,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Dr Nor Azizah menitipkan pesanan supaya ibu bapa atau pihak yang mahu menyebarkan gambar kanak-kanak pesakit kronik untuk tujuan mencari sumbangan atau sokongan, supaya lebih beretika.

Katanya, tidak salah untuk ibu bapa berbuat demikian namun perlu mengelak menggunakan gambar kanak-kanak dalam keadaan terlalu mengganggu.
“Bagi saya ia mengaibkan, meletakkan gambar dengan tumor besar di mata, di tangan atau di kepala akan memberi pandangan kanser ini sakit yang tidak boleh dirawat. Juga kanak-kanak nazak dalam keadaan sesak nafas atau sebagainya.

Sebaliknya ibu bapa boleh menggunakan gambar ketika kanak-kanak masih normal atau berada di peringkat awal sakit dan boleh ceritakan keadaan semasa kanak-kanak itu,” katanya.

Sementara itu, Majlis Jom Raya KIDS 2018 mengumpulkan kira-kira 600 ibu bapa dan anak-anak kanser termasuk keluarga mereka.
Turut diadakan sumbangan duit raya kepada anak-anak kanser dan adik-beradik mereka serta persembahan bakat oleh anak-anak kanser berkenaan.

KIDS, sebuah badan bukan kerajaan ditubuhkan sekumpulan ibu bapa kanak-kanak menghidap kanser yang dirawat di Wad Onkologi (Wad KK3), Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur bertujuan mengumpul ibu bapa, penjaga pesakit kanser yang sedang dan pernah menjalani rawatan di wad berkenaan serta menyediakan sokongan emosi, semangat dan perkongsian pengalaman. -Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NfvoI1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.