Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ahli Parlimen Selayang sedia kosongkan kerusi untuk Anwar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ahli Parlimen Selayang sedia kosongkan kerusi untuk Anwar

 | August 6, 2018
William Leong berkata, tidak bangkit isu rakyat di Selayang menjadi mangsa kerana beliau dan Anwar berasal dari PKR.
VIDEO INSIDE
William Leong tidak kisah menjadi kambing hitam kerana Anwar Ibrahim ialah tahanan politik dan perlu diberi peluang memimpin negara. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Selayang, William Leong sedia meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi itu.

Beliau percaya ahli Parlimen PKR yang lain sedia melepaskan kerusi masing-masing demi kepentingan negara, jika Anwar meminta mereka berbuat demikian.
“Itu hanya desas-desus, khabar angin sahaja. Saya pun tidak tahu macam mana boleh tersebar,” katanya merujuk khabar angin tersebar di WhatsApp mendakwa Anwar akan bertanding di kerusi Parlimen Selayang.

“Jika sudah berbincang dan Selayang dipilih, saya bersedia untuk beri laluan kepada Anwar. Saya yakin 51 orang ahli Parlimen (PKR) juga akan berikan laluan kepada beliau,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Anwar menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR yang disandang isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak 2003.

Terdahulu, Wan Azizah berkata, beliau akan terus memegang jawatan dalam Kabinet dan mempertahankan kerusi Parlimen Pandan, manakala anak sulung mereka, Nurul Izzah pula akan terus berkhidmat di Parlimen Permatang Pauh sehingga akhir penggal 5 tahun.

Leong berkata, tidak bangkit isu rakyat di Selayang menjadi mangsa kerana beliau dan Anwar berasal dari PKR.

“Boleh kata saya kambing hitam, tapi semua tahu dia adalah tahanan politik, mengapa tidak beri dia peluang pimpin negara untuk kebaikan bersama?”
Anwar merupakan pilihan pertama Pakatan Harapan sebagai calon perdana menteri mengikut rancangan asal gabungan 4 parti itu untuk pilihan raya umum ke-14.

Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji menyerahkan jawatannya selepas Anwar layak dilantik sebagai perdana menteri ke-8.
FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Mkte9P

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.