Facebook Memberikan Nafas Baru Untuk Facebook Pages Pada Peranti Mudah-Alih
Facebook hari ini mengumumkan pengenalan sedikit perubahan pada rekaan antaramuka Facebook Pages pada aplikasi mudah-alih. Melalui perubahan baru ini, Facebook ingin menawarkan rekaan yang berbeza mengikut kategori sesuatu Facebook Pages berkenaan.
Buat masa ini, Facebook telah hadir dengan rekaan khusus untuk restoran, rancangan televisyen, dan beberapa yang lain. Melaluinya, Facebook dilihat ingin memudahkan lagi pengguna berinteraksi dengan perniagaan – sebagai contoh untuk membuat tempahan perkhidmatan dan sebagainya terus melalui Facebook Pages.
Pengguna juga kelak boleh melihat cadangan Pages yang sesuai dengan mereka ketika melayari Facebook, sekaligus memudahkan anda membuat sesuatu pembelian barangan atau perkhidmatan dengan mudah.
Perubahan ini diperkenalkan secara berperingkat, dan kita mungkin melihat pengenalan rekaan baru untuk kategori Pages yang lain tidak lama lagi secara berperingkat.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2AOfOlf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment