Hi! Welcome Back and Stay Tune! Putrajaya ambil tindakan undang-undang ke atas NFC berhubung hutang tak berbayar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Putrajaya ambil tindakan undang-undang ke atas NFC berhubung hutang tak berbayar

 | August 6, 2018
NFC masih berhutang pinjaman mudah sebanyak RM248 juta dengan kerajaan
DEWAN RAKYAT
NFC ditubuhkan bagi membangunkan ladang lembu feedlot komersil dan mewujudkan sebuah sistem pengeluaran daging lembu melalui kegiatan ladang kontrak.

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengambil tindakan undang-undang ke atas National Feedlot Corporation (NFC) yang masih berhutang pinjaman mudah dengan Putrajaya sebanyak RM248 juta.

Dalam jawapan bertulis di Dewan rakyat hari ini, menteri kewangan berkata tindakan undang-undang ditangguhkan pada 2015 dan sekali lagi pada tahun berikutnya atas arahan menteri kewangan kedua pada masa itu.
“Pada 2012, polis diarah menyita aset dan wang tunai milik NFC,” katanya.
Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH-Johor Bahru) bertanya kementerian menyatakan langkah yang diambil bagi mendapatkan semula wang yang terlibat dalam skandal NFC dan sama ada tindakan undang-undang telah diambil.

“Setakat ini mereka telah membayar balik sebanyak RM35.5 juta. Pada tarikh 30 Jun, NFC masih berhutang sebanyak RM248.9 juta,” kata kementerian.
NFC ditubuhkan bagi membangunkan ladang lembu feedlot komersil dan mewujudkan sebuah sistem pengeluaran daging lembu melalui kegiatan ladang kontrak.

Ia diketuai oleh pengerusi eksekutifnya, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail, suami ketua Wanita Umno ketika itu, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Salleh dituduh melakukan pecah amanah jenayah melibatkan wang sebanyak RM49.7 juta, tetapi dibebaskan oleh mahkamah pada November 2015.

Syarikat terbabit menerima pinjaman mudah sebanyak RM250 juta daripada kerajaan. Ia sepatutnya membantu mengukuhkan keselamatan bekalan makanan negara dan mengurangkan pergantungan kepada import daging lembu.
FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ne96LJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.