“Digital Wellbeing” Sudah Pun Ada Dalam iOS Sebelum Android
Baru sahaja tadi telah saya jelaskan apa itu “Digital Wellbeing” yang hadir dalam Android Pie. Secara asasnya ia adalah satu sistem untuk memastikan pengguna tidak obses menggunakan peranti pintar dan memastikan cara penggunaan peranti adalah lebih sihat.
Dalam Android Pie, “Digital Wellbeing” hanya boleh digunakan untuk peranti Pixel sahaja. Lebih mengecewakan ia perlu didaftar terlebih dahulu dan perlu dipasang selepas pendaftaran berjaya. Tahukah anda, dalam iPhone – lebih-lebih lagi kesemua iPhone yang menyokong iOS 12, “Digital Wellbeing” sudah pun hadir secara terbina?
Sama seperti Android Pie, dalam iOS 12 turut sertakan satu Dashboard yang dinamakan sebagai Screen Time. Ia memaparkan bar graf 24 Jam yang menunjukkan penggunaan peranti oleh pengguna. Walau bagaimanapun, graf dalam iOS hanya fokus untuk masa screen hidup, manakala dalam Android Pie – ia memfokuskan penggunaan keseluruhan seperti jumlah notifikasi diterima dan jumlah penggunaan keseluruhan peranti.
Antara perkara yang sama antara Android Pie dan iOS adalah fungsi “Downtime” – di mana pengguna boleh menetapkan masa had penggunaan peranti. Selain itu adalah fungsi “Do Not Disturb” serba baru yang fungsi keseluruhannya adalah hampir sama.
Di sini kita dapat lihat, iOS sudah pun mempunyai fungsi dan ciri menarik ini. Tetapi dalam Android, pengguna perlu daftar dan tunggu pengesahan terlebih dahulu. Tetapi, walaupun ini adalah satu fungsi menarik – tidak kira pengguna Android atau iOS, adakah anda akan menggunakannya?
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2vm9dtc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment