Hi! Welcome Back and Stay Tune! Awas! Momo Challenge - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Awas! Momo Challenge

Sinar, 6 Ogos 2018

Awas! Momo Challenge
Momo Challenge dikaitkan dengan satu permainan yang menghantar imej menakutkan dan mesej ganas menggalakkan keganasan atau bunuh diri.
LONDON - BRITAIN. Pihak berkuasa di seluruh dunia telah mengeluarkan amaran kepada ibu bapa tentang challenge (cabaran) baharu yang semakin tular menggalakkan kanak-kanak membunuh diri.

Daily Mail melaporkan Momo Challenge mula mendapat perhatian sejak kebelakangan ini dan ia mencabar pengguna berkomunikasi dengan individu tidak dikenali.

Cabaran itu meminta pengguna menambah kenalan dan menghubungi seseorang digelar 'Momo'.
Ia kemudiannya menghantar imej menakutkan dan mesej ganas yang menggalakkan keganasan atau bunuh diri.

Imej avatar dengan wajah perempuan agak menyeramkan itu menggunakan patung artis Jepun, Midori Hayashi yang tiada kaitan dengan permainan tersebut.
Menurut Buenos Aires Times, cabaran itu juga didakwa ada kaitan dengan kematian kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Argentina yang dipercayai membunuh dirinya sendiri.

Jika perkara itu disahkan polis, budak terbabit akan menjadi mangsa pertama Momo Challenge.

Cabaran itu dilaporkan telah tersebar secara meluas menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook.
Sehingga kini, pihak berkuasa tidak tahu motif sebenar pelaku. - The Sun



✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KvmqEw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.