Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jho Low Dakwa Kerajaan Tuntut Kapal Tidak Sah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jho Low Dakwa Kerajaan Tuntut Kapal Tidak Sah


SHAH ALAM - Tindakan kerajaan Malaysia mendapatkan kembali kapal persiaran mewah bernilai AS$250 juta (RM1 bilion) yang disita di Bali, awal tahun ini didakwa tidak sah dari segi undang-undang dan bertujuan politik.

Memetik kenyataan peguam ahli perniagaan, Low Teak Jho atau Jho Low yang disiarkan Free Malaysia Today, langkah kerajaan itu menunjukkan betapa pantasnya pemerintahan berdasarkan undang-undang menghilang daripada rejim Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, Dr Mahathir menunjukkan kepada dunia bahawa rejim barunya masih tidak berminat dengan pemerintahan mengikut undang-undang.


Beliau berkata demikian merujuk kepada krisis yang tercetus akibat pemecatan beberapa hakim kanan pada penggal pertama beliau menjadi Perdana Menteri.

Selain itu, kapal berkenaan yang didaftarkan di Kepulauan Cayman, disita Februari lalu atas permintaan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah bernilai berbilion dolar oleh Jabatan Keadilan (DoJ) AS membabitkan 1MDB.

April lalu, mahkamah Indonesia mengumumkan kapal layar itu dirampas secara salah dan harus dikembalikan kepada pemiliknya.

Manakala pada Julai lalu, polis Indonesia merampas semula kapal itu, susulan permintaan rasmi AS sebagai sebahagian daripada bantuan undang-undang.

Polis negara republik itu turut memaklumkan mereka akan menyerahkan kapal layar terbabit kepada Malaysia tetapi tidak menyebut masa yang tepat. - Sinar Harian


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KDPtpK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.