Hi! Welcome Back and Stay Tune! CA Technologies Ingin Membantu Organisasi Dalam Tranformasi Digital Melalui Sokongan Kecerdasan Buatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

CA Technologies Ingin Membantu Organisasi Dalam Tranformasi Digital Melalui Sokongan Kecerdasan Buatan

Hampir 82% organisasi digital di Malaysia yakin akan keupayaan mereka untuk bersaing secara kompetatif dalam tempoh tiga tahun akan datang sedangkan hanya 9% sahaja yang benar-benar mengikuti piawaian startegi organisasi digital yang ditetapkan.

Oleh itu, CA Technologies tampil bersama perbincangan untuk tidak bersetuju dengan penyataan ini. Menurut kajian yang dilakukan mereka, masih terdapat kekangan yang dimiliki oleh organisasi dalam menawarkan perkhidmatan digital kepada pengguna.

Menerusi rundingan meja bulat ini bersama Nick Lim – Timbalan Pengarah, ASEAN dan China CA Technologies, dan Manivannan Govindan – Pengarah DevOps ASEAN, CA Technologies telah menekankan tiga faktor utama penting dalam menjayakan organisasi tranformasi digital di Malaysia. Ia adalah kekuatan kepimpinan, kemahiran teknologi yang dimiliki dan proses operasi tersebut. Ketiga-tiga elemen ini perlu diperkasakan oleh organisasi digital di negara bagi memenuhi kehendak pengguna untuk mencari penyelesaian.

Justeru itu, CA Technologies hadir dengan kecerdasan buatan tersendiri sebagai penyelesai kepada operasi teknologi yang dikenali sebagai, AIOps. Servis ini berupaya untuk menampung analisa data besar daripada pelbagai jenis alat teknologi dan operasi perniagaan. Ia turut dapat menyokong mempercepatkan penyampaian perkhidmatan, dengan meningkatkan kecekapan operasi IT, dan pengalaman pengguna. Di samping menawarkan AIOps menerusi platform Digital Experience Insigts, CA juga turut memperkenalkan kecerdasan operasi digital yang menyediakan perkhidmatan kecerdasan kontekstual lintas domain yang mampu menyokong AIOps dalam meningkatkan kualiti kapasiti perkhidmatan IT.

Untuk terus kekal kompetatif dalam persaingan digital, organisasi perlu melakukan perubahan struktur supaya dapat memenuhi kehendak pengguna dalam mencari penyelesaian digital.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2BdGUT6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.