Depression isteri yang dikahwini lelaki gamers, tak layan anak menangis
Assalamualaikum.
Terima kasih admin kerana publish. Tadi aku terbaca confession yang bertajuk ‘surat kepada suami gamers’. Ada persamaan dengan kisah aku. Hampir 100% sama sebenarnya cuma suami aku bukan pemarah. Dia cuma tiada respon, tiada reaksi apabila main game. Mula mula aku tergelak lepas baca surat tu. Tapi kemudian air mata aku menitis. Seperti yg diperkatakan di dalam confession itu, ‘apabila aku berhenti menegur, aku sudah berputus asa.’ Aku mungkin dah sampai tahap itu.
Selama 2 tahun aku tegur dia, aku cuba sabar, aku cuba tarik perhatian dia, dan ada orang cadangkan, supaya aku main game jugak, jadi macam dia pun aku buat. Tapi dia tetap tak ada perasaan. Akhirnya aku tak main game dah. Memang seronok main game. Tapi nanti siapa nak masak, jaga anak, kemas rumah,basuh baju kalau aku pun main game? Aku main sebab nak tengok respon dia sahaja supaya dia juga rasa apa yg aku rasa. Tapi tidak berkesan.
Aku suri rumah. Dunia aku cuma ada suami dan anak. Bila suami balik kerja, mengadap game, anak tidak dilayan sampai anak terjerit jerit mintak perhatian ayahnya, aku tak sampai hati. Seharian anak tunggu ayah balik kerja tapi bila ayah balik bukan tengok anak pun. Anak aku berumur 2 tahun dan aku nampak wajah kecewa dia. Aku pernah nampak anak aku berdiri senyap memandang ayahnya kerana panggilannya tidak dilayan. Sedih wei. Aku tahu anak aku kecewa. Aku dah penat sampai aku dah putus asa.
Sebenarnya aku agak aware dengan depression dan aku ada menjawab ujian yang menentukan aku depression atau tidak dan keputusannya positive. Keputusannya adalah aku mengalami depression yang teruk. Ini kali kedua aku mengambil ujian ini. Kali pertama beberapa bulan lepas, keputusannya hanya sederhana. Aku sedar perubahan diri aku tapi bila perasaan tu datang, aku tak boleh kawal kelakuan aku. Bila dah bertenang baru aku boleh fikir, menyesal dan sebagainya. Aku malas nak describe pasal suami aku sebab dia sebijik macam dalam confession surat tu cuma dia bukan pemarah. Dia cuma tak layan aku dengan anak.
Bila aku serabut, anak yang jadi mangsa. Yelah. Macam mana kau nak pukul suami kau. Anak pulak meragam nak perhatian, kite ni banyak kerja lagi. Nak kemas dapur, nak masak, basuh baju, sidai baju, lipat baju, rumah pulak selerak dengan mainan, si suami pulak bangun lambat tapi selimut, bantal, cadar bersepah. Lepas tu dengan tenang santai terbaring sambil main game (Ni masa hujung minggu ye. Kang ada yg tanya suami tak kerja ke.) Kau rasa? Kadang aku rasa aku macam pelayan je, macam orang gaji. Nafkah duit tu macam gaji. Dulu aku cuba jugak goda dia malam2 walaupun perhatian dia kat game. Aku cuba tapi dia takkan tinggal game selagi tak habis main.
Sekarang aku malas dah. Malas nak goda goda dah. Aku malas nak kecewa sebab dia memang tak layan pun. Jadi aku tidur peluk anak. Kalau anak dok jerit2 panggil dia, dia main game, dulu aku bebel. Sekarang, aku angkat anak masuk bilik, kunci pintu. Bercakap pun aku cakap benda penting je sebab bila aku sakit hati, benda aku cakap jadi lain. Jadi sinis, ayat pun tak elok. Nanti dia terasa, aku jugak dosa. Tak pun dia pusing jadi aku yang salah. Jadi, baik aku diam. Aku tak tahu nak dapatkan bantuan dari mana. Nak gi klinik pun kena la mintak kebenaran dia dulu.
Aku tahu aku betul betul berubah bila aku fikir balik. Aku selalu menangis, tangan cepat naik kat anak, dah tak kisah kalau dia taknak ‘bersama’,tak selera makan tapi berat tak turun dan macam lagi. Bukan 24jam aku macam tu. Aku jadi macam tu bila aku nampak dia main game. Maknanya asal dia kat rumah, aku jadi mcam tu. Kalau ikut hati aku, aku teringin nak tambah anak sebab kesian anak aku main sorang sorang tapi aku takut. Aku takut aku lagi terbeban. Aku takut dia tak berubah.
Sekarang ni aku tak tahu nak buat apa. Takkan aku nak bagitahu dia aku kemungkinan ada depression sebab dia. Aku dah slow talk, aku dah marah marah,semua tak jadi. Aku boleh cerita kat sini je walaupun ada orang akan cakap aku tetap buka aib suami kat sini. Siapa cakap macam tu dia geng sajat. Dah tu aku nak cerita kat siapa lagi? Aku tak mampu nak simpan dah tapi aku taknak aibkan suami aku. Aku tahu la admin tau aku siapa. Boleh cari siapa suami aku tapi aku harap admin lek lek sudah. Aku takut aku makin teruk dan jadi apa apa kat anak aku.
Suami aku bukan pembaca iium confession. Tapi kalau tuhan gerakkan hati dia untuk dia baca confession ni dan dia tahu aku isteri dia,
“Abang, syg mintak maaf sebab buka cerita kat sini. Bukan nak aibkan abang. Banyak kali syg slow talk,syg cakap syg tak suka abg main game. Bukan syg mintak abg berhenti terus. Syg bersyukur abg bukan kaki lepak. Abg boleh main game tapi ingat lah kami pun ada perasaan, nak perhatian. Syg rindu abg yang dulu. Abg yg sebelum kahwin dgn masa awal kahwin. Sebelum kahwin abg hampir langsung tak pegang handfon masa kita keluar. Bila dah kahwin kenapa macam ni? Sebab syg dah jadi hak abg,abg boleh buat suka hati? Sebab talak bukan kat tangan syg, sbb apa2 syg nak buat kena mintak kebenaran abg, abg boleh buat suka hati?
Sumpah syg rindu abg. Sumpah. Syg dah penat menangis. Syg penat dengan abg. Syg dah cuba jadi yg terbaik untuk abg tapi syg tak dapat apa pun dari abg. Kenapa abg nikah dulu? Kenapa? Apa yg abg nak? Atau abg cuma nak cari tukang masak, tukang cuci baju dan layan apa abg nak je ke? Kalau abg nak terus dgn dunia abg, syg masih ada family yg masih sudi terima syg. Tolong jgn dera syg macam ni lagi.”
Para pembaca yg budiman. Aku janji aku akan cuba terus bertahan tapi aku tak tahu sampai bila. Di luar orang nampak aku normal. Di rumah je aku gila. Jangan nasihat aku kembali pada tuhan lah apa lah. Aku solat, aku mengaji. Aku ok tapi aku tak ok bila nampak suami main game. Mungkin ada orang rasa benda ni remeh, untung suami lepak rumah je. Dan aku doa semoga orang yang cakap tu rasa apa yang aku rasa. Aminnn… Suami dengan anak dunia aku. Jangan suggest aku kerja sebab aku taknak orang lain jaga anak aku. Aku cuma nak suami aku yang dulu.
Tujuan utama confess sebab aku nak luah, nak bercerita sebab aku tak ada tempat lain nak luah. Tujuan kedua, aku nak baca komen positif dan pendapat yang bernas. Kalau tulisan aku bercelaru, maafkan aku sebab memang aku tak stabil sekarang. Mohon doakan aku terus bersabar dan tak pukul atau cubit anak aku lagi. Aku sayang anak aku.
– Isteri gamers
Hantar confession anda di sini -> https://mynewsviral.com/confession-form/
✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2nIXRuT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment