Unifi Mobile Menurunkan Penawaran Data Percuma Kepada 2GB Ketika Pendaftaran
Telekom Malaysia pada awal tahun ini telah memperkenalkan talian mudah-alih tersendiri dinamakan Unifi Mobile dalam bentuk prabayar. Melaluinya, mereka membolehkan pengguna membeli data untuk digunakan pada bila-bila masa tanpa perlu terikat untuk sesuatu tempoh penggunaan.
Pada peringkat awal pengenalan, TM hadir dengan promosi yang menawarkan data percuma sebanyak 20GB untuk setiap kad-SIM yang didaftarkan. Namun, selepas sekitar sebulan, ia diturunkan menjadi 10GB setiap kad-SIM, dan pengguna boleh mendaftar sehingga 3 kad-SIM sahaja untuk satu-ID.
Kini, nampaknya tempoh promosi berkenaan telah pun tamat. TM kini hanya menawarkan 2GB data percuma untuk setiap pendaftaran, dan pengguna dihadkan untuk mendaftarkan satu kad-SIM sahaja untuk setiap ID.
Buat masa ini, TM masih melabelkan ia sebagai promosi, dan mungkin pada masa akan datang, tiada sebarang data percuma yang diberikan untuk pendaftaran kad-SIM ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ODOLer
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment