Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lapor ‘kehilangan’ wang GST kepada polis, Najib beritahu Guan Eng - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lapor ‘kehilangan’ wang GST kepada polis, Najib beritahu Guan Eng

Bekas perdana menteri berkata menteri kewangan hendaklah menyebut bahawa wang itu dicuri oleh Barisan Nasional.
Najib berkata, kerajaan PH kini menghadapi kurangan pendapatan sebanyak RM31 bilion kerana menghapuskan GST.
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menyarankan kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng supaya membuat laporan polis berhubung dakwaan kehilangan wang bayaran balik cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak RM19 bilion daripada Akaun Hasil Disatukan kerajaan.
Beliau berkata, Lim sewajarnya menyebut dengan jelas bahawa wang itu dicuri oleh Barisan Nasional (BN), dan tidak hanya menuduh kerajaan sebelum ini.
Najib, dalam tulisan di laman Facebook miliknya berkata, keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mengutip GST sepanjang 3 bulan terakhir ini mengurangkan hasil kerajaan sekurang-kurangnya sebanyak RM15 bilion. Selain itu terdapat juga kurangan pendapatan sebanyak RM8 Bilion bagi bulan September dan Disember 2018.
Minggu lepas, Lim mengejutkan Dewan Rakyat dengan berkata BN “merompak” wang bayaran balik GST dan akibat itu wujudnya kurangan sebanyak RM19 bilion wang yang tidak dibayar balik kepada peniaga sejak 2015.
Setakat ini, Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin membuat laporan polis berhubung dakwaan itu dan mahu kes tersebut dibawa ke mahkamah sekiranya benar berlaku “rompakan” seperti dakwaan Lim.
Sistem cukai 6% GST mula disifarkan pada 1 Jun lepas dan kerajaan PH akan memperkenalkan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bermula 1 September depan.
Najib berkata, kerajaan juga perlu membayar balik cukai input sebanyak RM8 bilion kepada peniaga bagi GST yang dibayar ke atas pembelian dan perbelanjaan (termasuk import barangan) untuk bulan April dan Mei.
“Kesemua itu melibatkan kurangan sebanyak RM31 bilion bagi tahun ini.”
Beliau berkata, kurangan pendapatan daripada GST itu akan menyebabkan kerajaan memotong bantuan kepada golongan miskin dan tidak menaikkan gaji penjawat awam.
Najib berkata, kerajaan PH lebih berminat menyalahkan BN atas kegagalan melaksanakan janji manifesto pilihan raya mereka dan berlindung di sebalik kekebalan diberikan oleh Parlimen dalam mendakwa BN “merompak” RM19 bilion wang bayaran balik GST.
Beliau juga mengingatkan orang ramai tentang kemungkinan cukai baru diperkenalkan oleh kerajaan PH bagi menampung kurangan hasil akibat pemansuhan GST. -FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2BfWU76

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.