Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengalaman onani setiap hari, namun lelaki ini akhirnya ada solusinya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengalaman onani setiap hari, namun lelaki ini akhirnya ada solusinya

Masalah Onani bagi aku masalah yang kritikal bagi kaum lelaki. Kaum wanita tidak terkecuali tetapi tidak seserius kaum lelaki. Di sini aku terpanggil untuk menolong kaum sekaum aku untuk selesaikan masalah onani ni. Semua ini berdasarkan pengalaman aku sebagai “penagih”. Sampai hari ni aku masih tak percaya aku mampu keluar dari gejala ketagihan ini. Secara kasar aku rasa berbelas tahun aku lakukan benda terkutuk ni, boleh dikatakan tiap-tiap hari aku onani. Cuba bayangkan, tiap-tiap hari selama berbelas tahun ok. Sebelum aku sentuh solusi, aku nak ceritakan sikit keburukan onani.

Keburukan dari segi kesihatan, Confession Akbar bertajuk “Sisi Gelap Aku” sudah banyak dia sentuh. Di sini aku bukan nak ceritakan keburukan kepada kesihatan tetapi aku ingin ceritakan keburukan untuk kau mengamalkan agama. Antara masalah onani ialah, benda ni menganggu kita untuk beribadat. Malam sebelum tidur menjadi rutin aku untuk beronani, bila malam beronani, subuh automatik akan tak solat. Untuk bangun solat, kau perlu mandi wajib dahulu. Benda onani ni menhalang aku dari laksanakan benda diwajibkan ke atas aku untuk solat. Bila siang, keadaan dah normal aku jadi menyesal. Cuba bayangkan tiap hari menyesal tanpa tindakan sampai bertahun. Berapa banyak aku tinggalkan solat?

Ledakkan technology juga menjadi pendorong untuk aku lebih kuat beronani. Kalau dulu perlu ke CC, sekarang semua dihujung jari. Semua orang memiliki smartphone, pakej data pon mampu milik. Semua mampu dicapai dengan mudah laman-laman pornografi. Bagi aku laman pornografi tidak cukup bahaya, kau hanya akan layari website tu bila kau teransang. Bila kau dah puas, jadi habis setakat tu. Tapi bagi aku yang lebih bahaya ialah instagram,bigo etc. Setiap jam engkau akan scroll gambar-gambar perempuan cantik seksi di IG. Kekerapan melihat perempuan seksi, menyebabkan kebarangkalian engkau akan teransang lebih tinggi. Maka akan berakhirlah dengan onani.

So, Apakah Solusinya? Lain orang, lain cara. Aku ada juga cuba apa yang orang cadang contoh Sibukkan Diri, agar lupa onani. Tapi benda ni tak berjaya untuk aku. Aku tak boleh pura-pura yang aku sibuk. Sebab aku jenis suka rehat dekat bilik lepas penat bekerja. Ya aku akui, kalau jenis duduk bilik, kebarangkalian nak onani tinggi. Kat sini aku cuba share apa yang boleh buat aku stop.

Selepas aku munasabah, Allah memberi aku ilham. Semua ini atas kehendak dia. Aku selalu doa, agar Allah tolong aku untuk stop gejala yang dah jadi darah daging aku. Kepada Allah jualah kita memohon pertolongan. “ Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan” [ Alfatihah:5]

Setelah berfikir, punca bagi diri aku ialah mata. Mata menghantar mesej ke otak yang untuk aku beronani. Aku gagal mengawal mata aku. Benda ni sebenarnya Allah telah memberi peringatan dalam Surah Annur.

“ Katakanlah kepada orang LELAKI-LELAKI yang Beriman: ‘Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluanya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat’ “ [24:30]

Di sini benda pertama bagi penagih-penagih perlu lakukan ialah MENJAGA MATA. Selagi mana engkau gagal mengawal mata, selagi itulah penyakit onani ni tak boleh diubat. Engkau perlu delete segala gambar yang kau screenshot atau save. Tak kira gambar artis ke, instafamous ke, kau perlu delete!

Dan yang kedua, unfollow instafamous yang seksi, yang suka payung dan yang kau rasa selalu meransang syahwat kau. Lepas ni kalau kau scroll IG pon takde la yang boleh meransang nafsu kau.

Dan yang ketiga , tundukkan pandangan. Pandang muka perempuan bagi aku acceptable. Lepas pandang muka jangan pandang dada. Tak kira la perempuan tu bertudung pon, asset dia still kau boleh nampak kalau memang kau mencari. Kebanyakkan lelaki memang akan pandang dada. Lepas tu teransang, bila teransang onani la solusi dia. Memang engkau tak onani dekat luar, tapi otak kau dah save dalam memori. Kau akan imagine masa balik bilik, lepas tu onani. So stop! Kat sini aku cuba sampaikan apa yang boleh kita kawal. Perempuan seksi tu benda yang luar kawalan kita,kita tak boleh control. So, apa yang boleh kita kawal, ialah kawal diri kita. Kita sendiri akan bertanggung jawab atas tindakan kita di akhirat.

Yang keempat, kawal pemikiran. Bila otak kau start berfikir kecantikkan perempuan. Imiginasi asset perempuan. Kau mesti istifar dan stop berfikir pasal benda tu. Kau perlu ingat iblis sentiasa mempengaruhi akal kita. Solusi terbaik, terus halang. Jangan biarkan dia menguasai akal kita sementara kita masih waras. Kalau jiwa kita dah tak waras, pasang ayat quran dekat telinga pon kau sanggup onani.

Yang kelima, Insyaallah bila kau mampu mengikut 4 solusi tersebut, yang kelima akan lebih mudah. Yang kelima ialah menjaga Solat. Bunyi Cliché kan. Dulu aku pon pandang rendah bab solat ni. Betul ke dapat ubat gejala ni. Tapi bila kau melalui, memang betul berkesan. Cara menjaga solat wajib ialah dengan engkau menjaga sunat,Solat Ba’diah dan Qobliah. 2 rakaat sebelum Subuh + 4 Rakaat sebelum Zohor + 2 Rakaat Selepas Zohor + 2 Rakaat Selepas Maghrib + 2 Rakaat Selepas Isyak= 12 Rakaat. Bila jaga semua ni, Wallahi Allah akan tolong kau. Janji Allah pasti. Aku sampai hari ni masih tak percaya yang aku dapat keluar dari benda ni. Aku tahu ramai kat luar sana memang berniat nak keluar dari gejala ni. Jihadlah kawan-kawan. Buang semuanya, jangan bertangguh. Deletelah bergig-gig simpanan video, dan gambar tu. Jangan rasa sayang. Kau perlu kuat nak delete. Aku dah melalui. Cubalah. Sampai bila nak macam ni..

– Jihadi

Hantar confession anda di sini -> https://mynewsviral.com/confession-form/



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MQDQxl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.