Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kafe Di Jepun Menggunakan Robot Yang Dikawal OKU Dari Rumah Akan Dibuka Di Jepun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kafe Di Jepun Menggunakan Robot Yang Dikawal OKU Dari Rumah Akan Dibuka Di Jepun

Golongan kelainan upaya mempunyai cabaran hidup yang membuatkan lebih sukar untuk melakukan perkara asas berbanding insan normal. Untuk berdikari mereka perlu mencari tempat kerja yang mesra OKU malang sekali ini masih lagi ditawarkan dalam jumlah yang terhad di negara kita. Di Jepun sudah wujud inisiatif untuk menggunakan robot bagi membolehkan insan OKU bekerja dari rumah.

Sebuah kafe akan dibuka di Tokyo dari 26 November hingga 7 Disember hadapan dengan robot OriHime-D sebagai pelayan. Robot setinggi 1.2 meters dan seberat 20 kilogram ini pula dikawal oleh pekerja OKU dari rumah. Penggunaan robot seperti OriHime-D diharap dapat membolehkan OKU yang selama ini duduk di rumah bekerja sekaligus menjana pendapatan peribadi.  Sebelum ini robot OriHime yang lebih kecil telah digunakan di beberapa sekolah untuk kegunaan murid yang tidak mampu datang ke sekolah.

Penggunaan robot sebagai ganti tubuh ini mengingatkan kami kepada filem Surrogates dan Avatar. Di dalam kedua-dua filem ini  robot digunakan di masa hadapan sebagai pengganti tubuh manusia sebenar. Siapa sangka fiksyen kini sudah menjadi realiti.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2xRKPQn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.