Microsoft Akan Menguji Sokongan Tetikus Dan Papan Kekunci Untuk Xbox One Dalam Masa Beberapa Minggu
Ura-ura sokongan papan kekunci dan tetikus pada Xbox One kali pertama kami dengari pada tahun 2017. Ia antara fungsi yang paling dikehendaki oleh konsol keluaran Microsoft ini. Pada bulan Jun yang lalu pula mula kedengaran mereka akan bekerjasama dengan Razer untuk menghasilkan papan kekunci dan tetikus rasmi.
Hari ini Microsoft mengumumkan mereka akan menguji sokongan kedua-dua peranti input ini pada Xbox One dalam masa beberapa minggu lali kepada peserta Xbox Insider. Pada waktu yang sama mereka mengesahkan papan kekunci dan tetikus rasmi akan dihasilkan dengan kerjasama Razer. Tetapi kesemua papan kekunci dan tetikus USB di pasaran boleh digunakan oleh pengguna.
Sokongan walaubagaimanapun tidak disokong secara default. Sebaliknya ia perlu diaktifkan di dalam permainan oleh pembangun. Ramai merasakan dengan sokongan ini landskap permainan konsol mungkin akan berubah kerana memberikan kelebihan kepada pemain yang tidak menggunakan alat kawalan permainan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2xGDnIw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment