Pengasas Instagram Dilaporkan Meninggalkan Syarikat Kerana Berbalah Dengan Zuckerberg
Selama kami laporkan Kevin Systrom dan Mike Krieger yang merupakan pengasas aplikasi Instagram telah meletak jawatan. Tiada sebab diberikan mengapa mereka meninggalkan Instagram yang diambil alih oleh Facebook pada tahun 2012. Tetapi menurut laporan Bloomberg ia adalah kerana campur tangan Mark Zuckerberg dalam pengurusan dan hala tuju aplikasi ini.
Kerana campur tangan dari beliau, Systrom dan Krieger kerap berbalah dengan pengasas Facebook ini. Menurut sumber Bloomberg pengenalan fungsi Snapchat seakan Stories menimbulkan ketegangan. Malahan fungsi Regram yang mula diuji pada Instagram baru-baru ini dilihat bertentangan dengan visi asal Instagram sebagai aplikasi perkongsian gambar dengan penggunaan teks yang minimum. Instagram dilihat sebagai masa depan Facebook kerana laman media sosial ini sudah tidak lagi popular di kalangan pengguna muda.
Peletakan jawapan Systrom dan Krieger dilihat sebagai satu lagi tamparan hebat kepada Facebook selepas Jan Koum, pengasas WhatsApp turut melakukan perkara yang sama Mei lalu. Koum lebih vokal dalam ketidakpuasan beliau kerana pernah menghantar tuit dengan tagar #DeleteFacebook kerana masalah melibatkan privasi pengguna awal tahun ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2QXd2Oz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment