Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kos Menghasilkan Sebuah iPhone XS Max Dianggarkan Sekitar RM1832 Sahaja - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kos Menghasilkan Sebuah iPhone XS Max Dianggarkan Sekitar RM1832 Sahaja

iPhone XS Max ialah telefon pintar dengan harga jualan termahal kerana harga mencecah $1499 (~RM 5994) sebuah. Seperti biasa setiap kali model terbaru dilancarkan, ramai yang tertanya-tanya apakah kos sebenar untuk menghasilkan peranti yang dijual pada harga premium ini. Menurut anggaran TechInsights, kos penghasilan iPhone XS Max dengan storan 256GB ialah $443 (~RM 1832) sebuah untuk model yang dijual pada harga $1249 di Amerika Syarikat.

Ini memberikan keuntungan sebanyak 64.5% dengan setiap jualan peranti. Ini adalah hampir setanding iPhone X yang memberikan keuntungan sebanyak 64%. Kos komponen termahal ialah skrin OLED dianggarkan berharga $80.50 (~RM 333) dan diikuti pula oleh cip A12 Fusion serta modem berharga $72 (~RM 298). Sungguhpun begitu kos menggantikan panel skrin yang pecah pada peranti ini mencecah $329 (~RM 1361) sekeping.

Anggaran ini walau bagaimanapun tidak mengambil kira kos buruh, logistik, lesen paten dan kos kajian teknologi baru yang dilaburkan oleh Apple bagi menghasilkan peranti mereka.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Ifi1Gb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.