Rasmi : Al-Ishsal Ishak Dilantik Sebagai Pengerusi SKMM Berkuatkuasa 1 Oktober
Lanjutan daripada desas-desus sebelum ini, hari ini akhirnya ia diumumkan secara rasminya yang mana Al-Ishsal Ishak akan dilantik sebagai pengerusi baharu untuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, berkuatkuasa 1 Oktober 2018 ini.
Al-Ishsal Ishak buat masa ini adalah CEO Kumpulan Pos Malaysia Berhad. Selain daripada itu, beliau juga turut mempunyai pengalaman luas dalam arena digital dan telekomunikasi. Al-Ishsal akan menerajui SKMM untuk tempoh 2 tahun akan datang.
Sebelum ini, Al-Ishsal turut pernah bertugas di MDEC, Baraca Telekom, selain turut menjadi konsultan untuk Airbus Group.
Dengan pengalaman yang dibawakan beliau, semestinya ramai yang ingin melihat pelbagai pembaharuan dan pemacuan dibawakan beliau di SKMM – apatah lagi dengan perkembangan era jalur-lebar yang lebih pantas, selain persediaan Malaysia ke arah rangkaian 5G.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Bhd, Al-Ishsal Ishak dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang baharu, untuk tempoh dua tahun, berkuatkuasa 1 Oktober ini – Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo pic.twitter.com/QJJVkrOUSC
— BERNAMA Radio (@bernamaradio) September 26, 2018
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2QamtJj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment