Hi! Welcome Back and Stay Tune! KWSP ANJUR PERSIDANGAN EKUITI PERSENDIRIAN ANTARABANGSA 2018 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KWSP ANJUR PERSIDANGAN EKUITI PERSENDIRIAN ANTARABANGSA 2018

KUALA LUMPUR, 26 September 2018: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini menganjurkan Persidangan Ekuiti Persendirian Antarabangsa 2018, yang menampilkan lapan penceramah dari firma ekuti persendirian dan usahawan terkemuka dunia, membincangkan tema utama berkaitan pelaburan ekuti persendirian, termasuk pelaburan pertumbuhan, penilaian dan peningkatan berterusan dalam bidang teknologi digital dan kecerdasan buatan (artificial intelligence).

Semasa merasmikan persidangan tersebut, Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata, “Pasaran ekuiti persendirian di Malaysia masih berada di peringkat awal. Pelabur institusi tempatan, termasuk KWSP, telah memainkan peranan lebih aktif dalam pelaburan ekuiti persendirian berikutan keupayaan kelas aset tersebut dalam menjana pulangan jangka panjang yang baik. Ekuiti persendirian juga berpotensi untuk mengatasi kelas aset lain semasa kitaran ekonomi tertentu.

“Ekuiti persendirian kekal di minda para pelabur semasa mempertimbangkan potensi pertumbuhan besar di Asia. Kami berharap persidangan ini menyediakan suatu platform yang baik untuk terus membangun dan mempromosikan ekosistem ekuiti persendirian di rantau Asia Tenggara.” 

Peruntukan ekuiti persendirian KWSP semasa adalah dua (2) peratus daripada Alokasi Aset Strategik dan disasarkan untuk meningkat kepada lebih daripada tiga (3) peratus dalam masa 10 tahun akan datang.

Berikutan peranan teknologi yang semakin penting dalam kehidupan seharian serta peluang pelaburan, Tan Sri Samsudin berkata KWSP telah memasukkan mandat Teknologi dalam program pelaburan ekuiti persendiriannya.

“Sasaran strategik kami adalah untuk mengisytiharkan sekurang-kurangnya dua (2) peratus dividen sebenar bagi purata tiga tahun bergerak, dan kami yakin mandat baru ini mampu memberikan pulangan yang selaras dengan risiko selain menepati sasaran lindung nilai inflasi kami,” kata Tan Sri Samsudin.

Beliau menambah bahawa Persidangan Ekuiti Persendirian Antarabangsa KWSP merupakan saluran yang baik bagi mengetengahkan potensi pasaran ekuiti persendirian sebagai sumber pulangan unggul serta segmen pasaran yang mampu meyumbang secara ketara kepada pembangunan ekonomi ASEAN, terutamanya Malaysia.

Antara barisan penceramah di persidangan tersebut adalah Henry R. Kravis (Pengerusi Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama KKR); Robert F. Smith (Pengasas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Vista Equity Partners); Jeffrey Perlman (Pengarah Urusan dan Ketua Asia Tenggara Warburg Pincus); Kevin Aluwi (Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Pelaburan Go-Jek); Marc Boheim (Pengarah Urusan AIMS Group); Ivan Vercoutere (Pengarah Rakan Kongsi dan Ketua Pegawai Pelaburan LGT Capital Partners); En Lee (Rakan Kongsi dan Ketua Asia Pasifik LGT Impact); dan Xu Bing (Pengasas Bersama SenseTime).

Lebih daripada 400 peserta menghadiri persidangan tersebut, mewakili pemimpin antarabangsa dan serantau dari bidang ekuiti persendirian, rakan kongsi, pelabur, penasihat dan perunding. Persidangan Ekuiti Persendirian Antarabangsa KWSP 2018 dianjurkan bersama LGT Capital Partners, Goldman Sachs Asset Management, dan Crescent Capital Partners.

 

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana simpanan persaraan terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi panduan dalam setiap keputusan pelaburannya. Sebagai sebuah organisasi yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar. KWSP terus memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka di Malaysia.

 



✍ Sumber Pautan : ☕ KWSP: Terkini di KWSP

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2QXfBQB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.