Alibaba Mencatatkan Rekod Jualan Melangkaui RM128 Bilion Di Seluruh Dunia Sempena 11.11
11 November merupakan Hari Teruna (Singles Day) di China, yang juga merupakan hari dimana pelbagai platform jual-beli atas talian, khususnya syarikat-syarikat dibawah naungan Alibaba akan membuka jualan dengan diskaun-diskaun yang cukup besar untuk satu hari sahaja.
Jualan 11.11 Alibaba kini sudah memasuki tahun kesepuluh, dan pada tahun ini, syarikat tersebut telah mencatatkan rekod jualan sebanyak $30.8 bilion (RM128,9 bilion) pada hari tersebut.
Apa yang lebih menarik lagi ialah Alibaba menyatakan bahawa mereka telah melangkaui jumlah jualan pada tahun 2017, sebanyak $25 bilion dalam masa 15 jam selepas jualan tahun ini bermula.
And there it is. Gross merchandise volume at this year's 11.11 Global Shopping Festival tops last year's total. pic.twitter.com/YVEzXfFulv
— Alibaba Group (@AlibabaGroup) November 11, 2018
Walaupun begitu, Alibaba dikatakan mencatatkan peratusan peningkatan jualan yang terendah setakat ini pada 27 peratus berbanding dengan 36 peratus pada tahun lalu. Akan tetapi ini bukanlah sesuatu yang akan menjadi masalah buat Alibaba kerana betapa besarnya jualan pada tahun ini.
Lazada, sebuah syarikat dibawah naungan Alibaba turut mencatatkan jumlah jualan yang agak mengagumkan, dengan penjualan 27 tan Milo dalam dua jam pertama dan juga jualan 11 buah kereta Volkswagen Polo di dalam masa satu minit sahaja.
How fast can you put a car in a cart? Well 11 customers managed to do it in less than 1 minute!
Check out and empty your cart before its too late. THE BIGGEST ONE DAY SALE is happening now!#MyLazada1111 pic.twitter.com/tWbUHNEUYB
— Lazada Malaysia (@LazadaMY) November 11, 2018
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2QBt5B5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment