Hotlink Rewards Baru Dilancarkan – Menawarkan Mata Ganjaran Percuma Setiap Hari, Rakan Kerjasama Baru
Hotlink hari ini telah mengumumkan penawaran Hotlink Rewards yang serba baru, membolehkan pengguna prabayar Maxis berkenaan mendapatkan mata ganjaran setiap hari dengan hanya log masuk ke aplikasi Hotlink RED.
Hotlink Rewards baru ini akan menawarkan mata ganjaran sebanyak 5 mata setiap hari apabila anda log masuk – yang mana akan dinaik-taraf kepada 10 mata setiap hari apabila mencapai tahap “Gold”. Menariknya, setiap hari juga pengguna boleh menebus hadiah misteri yang berupa mata ganjaran tambahan, atau sebuah hadiah misteri. Setiap mata ganjaran akan ditetapkan semula pada setiap awal bulan.
Selain itu, pengguna juga akan menerima mata ganjaran tambahan dengan membeli pelan internet melalui alikasi Hotlink RED.
Mata ganjaran yang dihimpunkan ini boleh digunakan untuk menebus pelan internet, atau turut boleh digunakan untuk menebus hadiah melalui rakan kerjasama Hotlink seperti Tealive, Kenny Rogers, MPH, Domino’s, dan sebagainya.
Selari dengan pelancaran Hotlink Rewards baru ini, Hotlink mengumumkan yang mana mereka menawarkan hadiah misteri berupa penerbangan domestik dan dalam rantau Asia Tenggara secara percuma setiap hari.
Bagi anda yang menggunakan Hotlink, anda boleh memuat-turun aplikasi Hotlink RED dan menggunakannya dalam mengumpulkan mata ganjaran Hotlink Rewards ini.
Muat-Turun Hotlink RED untuk Android
Muat-Turun Hotlink RED untuk iPhone
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FevYXm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment