Restoran Ini Menyediakan Meja Khas Berharga RM42,000 Untuk Memudahkan Pengguna Instagram Mengambil Gambar Makanan
“Sebelum makan baca bismillah” ialah ungkapan yang sering diberikan oleh ibu bapa kepada anak suatu ketika dahulu. Dengan kepopularan media sosial, ungkapan ini pantas diambil alih oleh “sebelum makan ambil gambar Instagram”. Kerap kali makanan menjadi sejuk kerana masa yang terlalu lama diperlukan untuk mengambil gambar sempurna untuk dikongsi ke media sosial.
Restoran Boston Chops di Amerika Syarikat mendengar keluhan pelanggan mereka dan membelanjakan $10,000 (~RM 42,000) untuk meja yang direka khusus untuk pengguna Instagram. Ia hadir lengkap dengan sistem lampu yang menggunakan mentol pintar. Tahap keterangan dan warna lampu boleh dikawal menggunakan aplikasi. Dengan meja ini, tiada lagi alasan gambar makanan tidak cukup sempurna untuk dikongsi ke media sosial bagi mengumpul Likes secara pukal.
Wang yang dibelanjakan mungkin agak melampau namun gambar yang cantik dan kemudian tular boleh mendatangkan keuntungan kepada pemilik restoran. Tidak mengejutkan jika di Malaysia apa yang dilakukan oleh Boston Chops akan turut menjadi ikutan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FgWbV5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment