Lazada Berkongsi Kemaskini Berkenaan Masalah Pembayaran Pada 11.11 – Shopee Masih Sedang Membaiki Masalah
Pada 11.11, salah satu masalah yang dihadapi ramai pengguna adalah berkaitan dengan platform pembayaran. Sejumlah pengguna melakukan pembayaran untuk pembelian, tetapi ia tidak didaftarkan pada laman jualan seperti Lazada dan Shopee.
Ini sekaligus menimbulkan pelbagai keraguan berkaitan status tempahan dan pembelian mereka, selain menjadi pertanyaan mengenai status pembayaran mereka.
Berkongsi lanjut mengenainya, Lazada hari ini menawarkan sedikit kemaskini mengenainya. Lazada mengatakan sekiranya anda membuat pembayaran menggunakan kad kredit – dan pembayaran berkenaan tidak berjaya, maka wang anda akan dikembalikan semula ke kad. Hal ini mungkin mengambil beberapa hari sebelum anda melihatnya. Sementara sekiranya anda melakukan pembayaran menggunakan bank atas-talian, maka duit akan dipulangkan terus ke Lazada Wallet anda.
Lazada turut meminta pengguna yang mempunyai masalah dengan pembelian untuk menghubungi mereka melalui saluran rasmi.
Untuk Shopee pula, mereka sekadar mengatakan yang mana mereka mengetahui berkenaan masalah berkenaan, dan sedang dalam proses untuk mengatasinya, dan akan berkongsi mengenainya apabila sistem mereka dibaik-pulih
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2QATSNX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment